SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Tuesday 7 May 2013

KHASIAT DAUN CEKUR

Khasiat Daun Cekur

Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae


 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum.............
 
Salam sayang untuk semua.........
 
n3 kali nie......yan nak kongsi beberapa khasiat yang terdapat pada cekur moga ianya bermanfaat untuk kita semua.........
 
 
Pengenalan
Cekur merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.
Kegunaan
Rizom cekur mempunyai aroma yang lembut. Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Daun cekur digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya boleh digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom dimakan secara segar. Rizom cekur juga digunakan dalam ramuan ubatan herba dan jamu yang terdapat dipasaran. Masyarakat jawa di Malaysia pula biasa menggunakan rizom cekur untuk kuih rempeyek.

Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung. Di Indonesia, cekur digunakan oleh wanita selepas bersalin untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuhkan penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.
 
harap semua memahami dan sama2 kita mencuba untuk kebaikan dan kesihatan dengan mengamalkannya sebagai ulam ulaman kerana banyak khasiat2nya yang terbukti keberkesannannya.
 
OK SEMUA..........SAMPAI JUMPA LAGI.........
 
DA..........DA.......... 

11 comments:

  1. pernah dengar daun ni...jarang makan..pernah makan dibuat pecal kalu tak salah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie....sebenarnya ulam2man orang tua2 dulu memang suka makan nie....betullah tu bunda kadang orang buat pecal dan kerabu...sedap bagi orang yang suka...

      Delete
  2. sedap...masak ikan bakar..kuah lemak cili padi..

    ReplyDelete
  3. kalau bubuh dalam ramuan nasi ulam boleh makan lagi..klu dimakan gitu jer mmg tak lalu ler sbb bau dia cengih sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap bila buat nasi ulam....lagi sedap cecah sambal belacan....yan suka sangat he heee.....

      Delete
  4. Banyak khasiat daun cekur ni ye Yan...
    sedap je kot buat ulam..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Atie....selalu dok makan je.....tak tahu pun rupanya banyak khasiatnya kan....?

      Delete
  5. Sedap dijadikan ulam. Mula2 tanam sebagai pokok hiasan. Bila cuba makan....sedap la.

    ReplyDelete
  6. Sedap dijadikan ulam. Mula2 tanam sebagai pokok hiasan. Bila cuba makan....sedap la.

    ReplyDelete
  7. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...