SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Wednesday 12 March 2014

POSISI TIDUR KUCING PELIHARAAN YAN......





Assalamualaikum...........
Salam rindu untuk semua......moga kalian sihat & sentiasa di lindungi Allah.....
kawan2.....maaf ye....!!!!!lama tak buat n3 baru....sibuk tu sikit2 je.....tapi penyakit M tu....yg lebih2 sebenarnya.....heheeee.....n3 kali nie....yan nak kongsi gambar2 kucing yan yg sering kali menjadi penghibur di kala sunyi.....kali nie......kita tengok posisi tidur si comel yan nie......macam2 posisi yg kadang2 membuat yan tersenyum seorang bila melihatnya.......jom layannnn......


 






yg atas nie.....si ahpe....kucing kampung yg comel & sangat manja.....kami sekeluarga sangat sayang pdnya.....tapi....sayang telah hilang entah ke mana....sampai hari nie.....kami masih merindu & selalu tersalah memanggil namanya kepada kucing2 yg lain......


 










si gebus nie......namanya deko....persian yg comel & sangat pendiam jarang nak dapat dengar suaranya......


 







yg akhir nie......si comel namanya.....baka benggal yg nie......sangat cergas asyik main je.....bila dah penat cari tempat tidur baik punya......


ok lah semua.....nanti yan tunjukkan lagi kucing2 peliharan yan yg lain......i love cats......


JUMPA LAGI...............


DA..............DA................

Sunday 9 February 2014

TAMAN ULAR DI ULU BENDUL






Assalamualaikum...........

Salam sejahtera buat semua.....moga semuanya sihat & sejahtera selalu di samping familly tercinta....kawan2 maaflah ye...!!!!!!lama tak buat n3 baru......internet pun lembab sangat....& dengan kesibukkan melanda tak dapetlah... den nok bern3 macam dulu2 layi.....he heeee....apa pun harap2 dengan n3 nie.....dapatlah mengobat kerinduan korang semua terhadap den.....he heeee....perasan lah tu.....kan....?????
oklah.....jom kita lihat gambar2 yg sempat yan ambil semalam waktu berkunjung ke taman ular di ulu bendul kat bukit putus kuala pilah....selalu juga datang & singgah mandi manda di sini....tapi yg peliknya tak perasan ada taman herba & taman ular kat sini......jom kita layan gambar2 kat bawah.......


 





perjalanan masuk terpaksa mendaki sikit.....sampai atas memang tercungap2 di buatnya.....biasalah orang tak penah naik bukit atau panjat tangga gitu....


 






sambil2 jalan2 sempat ambil gambar bunga nie......spesis bunga hutan yg cantik &berbau harum.


 





Ikhwan & Aween disalah sebuah rumah tumpangan kepada yg ingin menginap di sini berserta familly pun boleh.....selesa & tenang je.....


 






ha.....ular sawa yg tengah kenyang buat apa lagi tidur je lah.......memang besar2 semuanya.....kat sini boleh bergambar dengan ular yg disediakan.....yg peleknya kat sini masuk & bergambar ngan ular percuma tak berbayar you......


 





kat dalam nie.......ada anaconda yg sedang berendam di kolam yg di sediakan......kat bawah nie.....macam2 spesis ular yg terdapat di sini......


 









rumah tumpangan untuk yg ingin menginap disini.....atas & bawah nie......pilih yg mana idaman hati.


 






kepada yg berani.....bolehlah naik jambatan gantung nie......kalau yan...gayat...nak pula.....bila tengok kat bawah......rasa nak pitam pun ada he heee....


 






yg nie.....pula kat luar taman ular pada yg nak mandi manda sambil melihat alam sekitar yg indah & nyaman datang sini.....tak rugi you.....walau pun jauh.....
oklah kawan2......n3 akan datang yan kongsi lagi gambar2 menarik kat sini......

SAMPAI BERTEMU LAGI...........DI N3 AKAN DATANG.........

DA.........DA........

Monday 20 January 2014

KHASIAT POKOK DUKUNG ANAK

 
 
Assalamualaikum........
 
Salam sejahtera untuk semua.......moga semuanya sihat sejahtera selalu......
n3 kali nie.....yan nak kongsi info menarik mengenai sejenis pokok renet yg selalu tumbuh di dalam pasu kat rumah kita tu....rupanya mempunyai perbagai khasiat untuk ketahui lebih lanjut jom layan sama2 ok....... Rupa bentuknya seakan rumpai menyebabkan ramai yang tidak ambil kisah tumbuhan herba ini, apatah lagi mudah diperoleh.
Namun dukung anak adalah herba yg berguna dalam dunia perubatan khususnya bagi merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis.
 
Ia juga digunakan untuk merawat penyakit batu karang, malaria, asma, kencing manis, gigitan berbisa dan cirit birit.
Herba itu digunakan masyarakat di Afrika untuk memecahkan batu karang.


Kelebihan herba dukung anak ini mendorong penyelidik MARDI untuk melakukan kajian secara mendalam.


Kajian Timbalan Pe­ngarah Pusat Penyelidikan Bioteknologi, Dr Indu Bala Jaganath bermula pada 2009.

Beliau dibantu lima rakan penyelidik se­perti Dr Sanimah Simoh, Dr S Shanmugavelu, Prof Dr Sharmala Devi, Dr Mohd Rosly Shaari dan M Chandradevan.

Penyelidikan menggunakan geran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjumlah RM1.5 juta itu sudah meraih lima anugerah.

Antaranya, pingat emas dalam Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2013, Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF) 2013 di Seoul (perak), Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013 (perak), Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE) 2012 (perak) dan perak bagi Anugerah Bio Inno 2013.

Dr Indu berkata, pemilihan dukung anak berikutan penggunaannya mengubati penyakit hepatitis.

“Kalau digunakan untuk hepatitis bermakna herba ini mengandungi anti virus,” katanya.

Menurutnya, bahagian pertama dalam penyelidikan itu ialah bagi mendapatkan formulasi herba untuk penyakit denggi.

“Saya bekerjasama dengan pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Sharmala yang juga pakar denggi,” katanya.

Katanya, hasil penyelidikan ke atas tikus mendapati dukung anak memiliki ciri anti kolesterol yang baik.

Katanya, ramai keliru dengan empat spesies dukung anak sedangkan setiap satunya mempunyai khasiat berbeza.

“Jika dilihat ia sama tetapi memang berbeza,” katanya.

Menurutnya, empat jenis herba itu dikenal pasti dengan melakukan piawaian untuk proses penanaman semula.

Proses seterusnya adalah untuk melakukan piawaian tanaman sebelum disusuli aktiviti peng­ekstrakan.

“Ia bagi melihat profail kimia dan jenis bahan aktif yang terdapat dalam setiap spesies.

“Kita juga mahu melihat daripada keempat-empat spesies itu yang manakah mempunyai kompaun bioaktif paling baik,” katanya.

Katanya, spesies Phyllanthus watsonii adalah yang terbaik dikalangan tiga dukung anak yang lain.

“Kami sudah melakukan ujian makmal dan mendapati kompaun bioaktifnya (Phyllanthus watsonii) sangat bermanfaat untuk kesihatan,” katanya.

Dr Indu juga melakukan penyelidikan untuk mengenalpasti aktiviti anti kolesterol.

“Ujian terhadap tikus yang mempunyai paras kolesterol tinggi me­ndapati apabila diberi ekstrak herba, paras kolestrol turun selepas beberapa minggu,” katanya.

Malah katanya, penggunaan bahan seperti lipidol boleh meningkatkan paras enzim, selain memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Katanya, beberapa syarikat sudah menunjukkan minat mendapatkan teknologi itu, antaranya Furley Bioextract.

“Furley Bioextract menghasilkan beberapa produk minuman berfungsi, penyembur
tekak (throat spray), nutraseutikal dan biskut fiber.

“Semua produk ini mengurangkan dan mengelak risiko kolesterol dan agen anti-viral,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/21 
  Ok ye...!!!!!!!semua.....lepas nie....jangan main cabut2 je pokok tu.....tiap2 sesuatu yg dijadikan Allah itu ada kegunaannya.....SAMPAI JUMPA  LAGI......DA......DA.....  


Thursday 28 November 2013

Hari Jumaat Hari Istimewa


Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

KEUTAMAAN HARI JUMAAT


Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."

1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)

2.Waktu yang mustajab untuk berdo'a 


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:

i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat

Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'" (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.

ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar

Dari Jabir bin 'Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, "Hari Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, "ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."

3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT

1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh

Dari Abu Hurairah r.a., katanya :

"Nabi s.a.w. ketika solat Subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Memperbanyakkan selawat

Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)

3. Membaca surat Al Kahfi

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

4. Memperbanyak do'a

5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
  •     Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
  • Bergerak awal ke masjid.
  • Diam mendengarkan khatib berkhutbah. 
  • Memakai pakaian yang terbaik.
  • Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Allah s.w.t berfirman :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Imran:31)

Jom amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w.! ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...