SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

PETUA TRADISIONAL KEMPIS PERUT & LANGSING LEPAS BERSALIN 

 

 




Assalamualaikum........
Salam rabu untuk semua.....moga hari ini menjadi hari terindah buat semua.......
kawan2 n3 kali nie.....yan nak kongsi beberapa petua dulu2 yg masih boleh di amalkan di zaman ini....petua nie....juga sesuai untuk yg telah banyak mencuba ubat2 kurus tapi tak kurus2 boleh cuba petua2 nie...pula mana tahu serasi dengan kita.....betul tak.....????
mari sama2 kita lihat & jangan lupa mengamalkannya juga ye....!!!!!! 


1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
*******************************

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.
*****************************

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.


3.Lansing dengan daun cekur.
**********************


-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.


4.Khasiat asam jawa.
*****************

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.


5.Lansing dengan biji manjakani.
+***********************

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.
************

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis diminum setiap hari semasa berpantang.


SELAMAT MENCUBA............

JUMPA LAGI.................

                     DA................DA.........

Wednesday, 30 October 2013

TIPS KURUS SECARA SIHAT

Assalamualaikum.......

Salam sejahtera untuk semua......
kawan2 n3 kali nie.....yan nak kongsi cara mudah untuk kurus tampa ubat.....cuma guna buah2an saja pasti tak ada kesan sampingan & kulit pasti berseri2 nak tahu...!!!!!!jom kita layan.......

Mahu kurus dengan cepat? Lupakan saja pil atau ubat-ubatan supplemen kurus kerana ia bukan cara selamat untuk menguruskan badan. Penyelesaiannya mudah iaitu senaman.
Menerusi senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses penurunan berat badan.

Namun tidak seronok pula bersenam tanpa diselang-selikan dengan pe­ngambilan makanan yang dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu.

Di negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan.







 Foto


1) sediakan semua buah2an seperti di atas


 Foto

 2)  hiris nipis buah2an masukkan ke dalam botol



Foto




3) campurkan 1 sudu madu



Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.


Bagaimanapun, minuman diet ini dipercayai pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi bukunya, Two-Week Fat Flush yang diterbit­kan 25 tahun lalu.

Minuman ini menggunakan buah-buahan kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita rasa kenyang lalu mengurangkan pe­ngambilan makanan.

Menurut pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed, minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh.

“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan.

“Selain membekalkan vitamin C, tambahan daun pudina membantu melancarkan penghadaman manakala limau gedang pula mengandungi antioksidan flavonoid yang meningkat­kan lagi sensitiviti insulin.

“Jadi ia bukan saja baik untuk dalaman badan, malah pada kulit dan penampilan luaran tubuh,” katanya.

Azlan bagaimanapun menegaskan pentingnya menyeimbangkan senaman dan diet dalam aktiviti harian.

“Mereka yang ingin menurunkan berat badan tidak boleh bergantung kepada minuman ini semata-mata. Senaman amat penting dan paling efektif dalam membakar lemak.

“Pada masa sama, minum banyak air kosong kerana pengambilan minuman ini saja tidak membekalkan air yang diperlukan tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berpunca daripada kurang minum air kerana wujudnya mitos kegemukan air.

“Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila semua perkara ini digabungkan, ia akan memudahkan proses penurunan berat badan,” ujarnya.


Bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana
1 limau gedang ­(potong nipis)
1 limau nipis (potong nipis)
1 lemon (potong nipis)
1 oren (potong nipis)
1 timun (potong separuh dan nipis)
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam)
Ais
Air kosong


SELAMAT MENCUBA..........TIP MUDAH & MURAH INI......

SAMPAI JUMPA LAGI.......DA....DA......

Tuesday, 7 May 2013

KHASIAT DAUN CEKUR

Khasiat Daun Cekur

Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae


 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum.............
 
Salam sayang untuk semua.........
 
n3 kali nie......yan nak kongsi beberapa khasiat yang terdapat pada cekur moga ianya bermanfaat untuk kita semua.........
 
 
Pengenalan
Cekur merupakan tumbuhan dalam famili halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.
Kegunaan
Rizom cekur mempunyai aroma yang lembut. Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Daun cekur digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya boleh digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom dimakan secara segar. Rizom cekur juga digunakan dalam ramuan ubatan herba dan jamu yang terdapat dipasaran. Masyarakat jawa di Malaysia pula biasa menggunakan rizom cekur untuk kuih rempeyek.

Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung. Di Indonesia, cekur digunakan oleh wanita selepas bersalin untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuhkan penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.
 
harap semua memahami dan sama2 kita mencuba untuk kebaikan dan kesihatan dengan mengamalkannya sebagai ulam ulaman kerana banyak khasiat2nya yang terbukti keberkesannannya.
 
OK SEMUA..........SAMPAI JUMPA LAGI.........
 
DA..........DA.......... 

Tuesday, 23 April 2013

PETUA UNTUK KELIHATAN SEGAK DAN ANGUN BILA DI PANDANG






 

 Assalamualaikum.........

Salam sayang untuk semua..........

N3 kali nie.....yan nak kongsi tips2 menarik untuk di kongsi bersama.....kawan2 semua mesti nak kelihatan segak bergaya bagi lelaki dan cantik bagi wanita jom sama2 kita lihat tips2nya kat bawah......


Jika ditanya kepada  orang lelaki, mahukan dia kelihatan kacak, hensem dan segak? Jawapannya, sudah tentu!.
Jika ditanya kepada orang perempuan, mahukan dia kelihatan cantik, anggun dan menawan? Jawapannya, tentulah. ( Malu-malu gitu)
Semua orang,-  anda, mereka dan saya – punyai hasrat untuk memiliki muka, penampilan dan raut wajah yang menarik, mempesonakan dan sentiasa menawan. Baik dia lelaki mahupun perempuan. Sama ada muda atau berusia.
Mungkin, orang beranggapan – untuk kacak dan cantik kita perlu memiliki wajah yang tampan dan ayu  seperti selebriti-selebriti barat yang mancung hidungnya, putih melepak kulitnya dan bibir yang mengiurkan. Dan, mungkin juga terfikir perlu melakukan pembedahan kulit, pencerahan wajah dan pengubahsuaian anggota badan fizikal untuk kelihatan menarik di mata orang lain. Perlukah begitu?
Justeru, kali ini saya ingin kongsikan beberapa petua untuk mengekalkan awet muda yang mungkin jarang-jarang orang perasan dan tentu boleh jadikan ia sebagai amalan harian kita. Petua ini mungkin pernah dan biasa kita dengar, tetapi mungkin terlepas pandang atau gagal kita jelmakan dalam kehidupan seharian.
  1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.
  2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.
  3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.
  4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.
  5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.
  6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin. “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokanlah akhlakku.”
Bagaimana? Mudah bukan. Tidak perlu belanjakan beribu-ribu ringgit untuk mencantikan wajah kita. Baik lelaki atau perempuan. Sesiapa sahaja boleh lakukannya setiap masa, setiap hari dan setiap waktu yang ada.
yan sarankan, kawan2 mulakan dengan petua yang pertama iaitu sentiasa berwudhuk. Di mana sahaja kita berada. Jika terbatal di mana pun kita berada, kita usahakan untuk menyempurnakan wudhuk semula agar kita kekal dalam keadaan suci, bersih dan tenang dengan air-air wudhuk.
Cuba lakukan selama 40 hari tanpa putus, dan yan benar-benar yakin kawan2 akan merasai suatu “kelainan” dalam kehidupan. Boleh?
Kita sama-sama usaha. Bila nak mula? Kita start hari ini juga. Jom praktikal petua ini. Harapnya selepas ini semuanya – hensem-hensem dan ayu-ayu belaka. Sejuk mata memandang gitu he heeee......

OK SEMUA.......!!!!!!!!!!SAMPAI JUMPA 

LAGI.......DA.....DA......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...