Assalamualaikum.........
salam sayang untuk semua kawan2.......
kawan2 n3 kali nie.....yan nak kongsi apa yang menjadi punca timbulnya hasad dengki dalam diri manusia amnya......haiwan mungkin tak akan memiliki sifat2 seperti ini......
Dalam
Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab
timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:
[1]. PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN : Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang ditegur, dinasihat, disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.
[1]. PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN : Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang ditegur, dinasihat, disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.
Dalam sejarah peradaban manusia,
bangsa Yahudi terkenal sebagai bangsa yang suka mengadakan permusuhan &
menjalankan kebencian. Semasa kerasulan Nabi Musa A.S, mereka banyak menyakiti
& menyusahkan baginda. Kalau anda biasa mengamakan Ayat 5, cerita-cerita
yang terkandung dalam Ayat 1, 2 &3 adalah cerita-cerita yang berkisar
tentang mereka.
Dikisahkan, mereka enggan menurut
arahan pemimpin mereka untuk berperang sesudah kewafatan Nabi Musa A.S .
Kemudian mereka mempersenda-sendakan Tuhan dengan mengatakan Allah itu miskin dan mereka itu kaya. Mereka
juga sanggup membunuh para nabi yang enggan tunduk kepada saranan mereka.
Bahkan yang mengepung Nabi Isa A.S itu juga adalah Kaum Yahudi.
Bahkan yang hasad dengki kepada
Rasulullah S.A.W di Madinah adalah kaum Yahudi. Bukan setakat menyerang Madinah
& bersekutu dengan orang-orang
Musyrikin menentang Rasulullah, mereka juga tergamak berpura-pura
memeluk Islam (kaum munafik) untuk merobohkan kekuatan agama Islam.
[2]. BERASA DIRI MULIA : Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.
[2]. BERASA DIRI MULIA : Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.
Ini pun kembali kepada perangai
kaum Yahudi. Mereka merasa diri mereka sebagai kaum terpilih dan disayangi
Tuhan. Orang-orang lain semuanya bangsa hina-dina & bangsat. Ini pun
kembali kepada Iblis juga. Dia merasa lebih mulia daripada Adam A.S, sehingga
enggan sujud kepadanya.
Di akhir zaman, akan wujud pertempuran antara 2 kelompok yang berbeza sifatnya. Kumpulan yang berasa dirinya mulia melawan kumpulan yang tawaduk & ikhlas kepada Tuhan. Iblis bersengkongkol dengan Musa As-Samiri (dikatakan sebagai Dajjal Akhir Zaman) dan Yahudi melawan Nabi Isa A.S, Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman & orang-orang Islam yang mukmin.
Kesudahannya, hanya orang-orang
yang disayangi Tuhan sahaja akan menang. Islam tetap akan menang, wahai Iblis,
wahai Dajjal, wahai Yahudi. Noktah.
[3]. TAKBUR : Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.
[3]. TAKBUR : Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.
Betapa takburnya Iblis sampai dia
enggan sujud kepada Nabi Adam A.S atas perintah Allah S.W.T. Bahkan pernah
dikatakan bahawa Iblis pernah insaf dan ingin bertaubat pada zaman Nabi Musa
A.S. Lalu dia menyuruh Nabi Musa menanyai tuhan bagaimanakah jalannya.
Bila Tuhan menyuruh dia sujud
kepada kubur Nabi Adam, dia pun enggan, tak mahu & menolak secara total.
Benar-benar takbur makhluk yang bernama Iblis ini. Tak sedar diri. Membazir
peluang & kesempatan. Memang benar dia seorang pembazir.
[4]. UJUB : Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.
[4]. UJUB : Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.
Hang ni sapa? Anak sapa?
Aku tak kenal hang ni? Keturunan hang yang mana satu? Begitulah lebih-kurang kata-kata penghinaan yang
dilemparkan mereka. Mereka menolak kehadiran orang-orang yang tiada nama &
gelaran dalam masyarakat. Hang baliklah. Tak payah nak berdakwah kepada kami.
[5]. TAKUT KEHILANGAN SESUATU (HABUAN) : Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.
[5]. TAKUT KEHILANGAN SESUATU (HABUAN) : Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.
Ia banyak berlaku dalam banyak hal, tetapi yang banyak menjadi bahan
sejarah ialah tentang perebutan wanita cantik. Dan jangan anda lupa,
WANITA telah menjadi sebab pembunuhan pertama.dalam sejarah kehidupan
manusia. Wanita cantik itu bernama IQLIMA
.
Kisah ini ada dalam Ayat 4 dalam wirid Ayat 5 yang masyhur itu. Kisahnya berkaitan dengan pembunuhan Habil oleh Qabil. Semuanya bermula bila Qabil melanggar peraturan Tuhan supaya menikahi pasangan kembar masing-masing.
.
Kisah ini ada dalam Ayat 4 dalam wirid Ayat 5 yang masyhur itu. Kisahnya berkaitan dengan pembunuhan Habil oleh Qabil. Semuanya bermula bila Qabil melanggar peraturan Tuhan supaya menikahi pasangan kembar masing-masing.
Peraturan (syariah) pada masa itu
mengkehendaki Qabil berkahwin dengan Labuda, adek kepada Habil. Habil pula
mesti berkahwin dengan Iqlima, pasangan Qabil.
Qabil menolak kerana katanya,
Labuda tak cantik & jelita seperti Iqlima.Dia kemudian memprotes. Lalu
Tuhan memberi syarat supaya berkorban. Habil memberi yang terbaik untuk korban
sedangkan Qabil sebaliknya.
Korban Habil diterima, maka
dialah yang menjadi pemenang untuk menikahi Iqlima. Qabil tak puas hati. Lalu
dia hasad dengki & menyimpan dendam untuk membunuh Habil. Inilah sejarah
pembunuhan yang pertama di dalam Islam.
[6]. GHAIRAH MENJADI KETUA ATAU POPULAR : Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu, tentu akan bertambah-tambah hasad dengki.
Inilah yang berlaku kepada Abdullah bin Ubay, ketua munafik di Madinah. Dia sangat marah & benci kepada Rasulullah. Dikisahkan bahawa pada saat dia hampir dilantik sebagai pemimpin Madinah dalam satu majlis yang besar, tiba-tiba sampailah Rasululah semasa penghijrahannya. Berkumpullah semula Kaum Aus & Khazraj di sisi baginda.
Tenggelamlah popularity Abdullah
bin Ubay. Dan mewangilah sinar harum Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin Islam di
Madinah. Dalam diam-diam, dia berpura-pura memeluk Islam untuk meranapkan
Rasulullah S.A.W. Tetapi Tuhan Maha Berkuasa. Islam tetap subur, gagah &
perkasa. Bahkan Rasulullah berjaya menawan Kota Mekah di hadapan matanya.
[7]. BUSUK HATI : Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.
Ingatlah kepada salah satu wasiat Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S. “Wahai Musa, janganlah engkau iri hati terhadap apa yang telah Aku berikan kepada orang lain. Penghasut (orang yang dengki) itu adalah musuh nikmatKu, menolak kehendakKu dan membenci pembahagian yang telah Aku berikan kepada hamba-hambaKu. Sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka ia bukan dari hambaKu”
Ubat kepada Hasad dengki adalah doa berikut. Bacalah setiap masa supaya anda dapat merasa nikmat persaudaraan yang luhur dalam Islam. Anda menyayangi mereka & anda pun disayangi oleh mereka.
Selamat membaca & selamat mengamalkan. Mudah-mudahan anda mendapat maafaatnya,
SAMPAI JUMPA LAGI.........!!!!!!!!!
DA........DA............Assalamualaikum.....
Salam Yan...kalau PHD ni terpali kat hati ni mmg x bau syurgalah kita...moga kita semua dijauhi dr sifat2 PHD ni...=)
ReplyDeletebetul tu kak Fiza.....moga di jauhkan.....
Deletebetul tu Yan, samalah kita jauhi sifat2 diatas, menjadi diri sendiri lebih baik dan perbaiki setiap masa kekurangan yg ada
ReplyDeletesetuju sangat KY......sama2 kita jauhi sifat2 yang di benci nie....
DeleteAssalamualaikum..hmm sifat2 diatas 2 sangat berleluasa dah skrg..sy tgok makin teruk, mgkin kte ni dah hmpir sgt dgn akhir zaman spt dlm ayat al-quran..smoga kita dijauhi la dr perbuatan hasad dengki..amin..
ReplyDeleteWaalaikumsalam.......S.K.A.
Deletememang pun....sama2 lah kita jauhinya ye....!!!!!!
Moga sifar PHD ini tiada dalam diri kita...
ReplyDeleteinsyaAllah sentiasa berdoa agar dibersihkan hati kita...
Insyaallah Atie......sama2 kita jauhkan dari penyakit P H D nie ye....
Delete