Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.
Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.- Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
- Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
- Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
- Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
- Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
- Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
- Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
- Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
- Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
- Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.
11-20: Senaman
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.- Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
- Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
- Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
- Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
- Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
- Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
- Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
- Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
- Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
- Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
21-25: Suplemen dan makanan tambahan
Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.- Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
- Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
- Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
- Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
- Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
- Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.
- OK KAWAN2 HARAP SEMUA MEMAHAMI DAN KEPADA YANG INGIN KURUS BOLEHLAH AMALKAN TIPS NIE......SAMPAI JUMPA LAGI............ DA........DAAA.....
mmg teringin...tapi nak berperang dgn nafsu sendiri sgt menguji kesabaran...nampak itu nak itu, namapak ini nak ini...Hati kita sentiasa berbolak balik...
ReplyDeletesemuanya berpunca dari kita....kalau nak kurus terpaksa hadapi semua dugaan tu kan....?
Deletesalam yan
ReplyDeletebagusnya tips utk kuruskan badan nie..ummu pun nampaknya kena turunkan berat bdn jugak ni lps bersalin..:)
cuba lakukan bila lepas berpantang nanti....untuk capai berat ideal....orang cakap nampak macam anak dara gitu he heee....
DeleteTQ sharing..
ReplyDeletebagus tips2 ni... boleh cuba amalkan utk dapat kan berat idaman:)
sama2 Atie.....betul sangat tu he heee.....
Deletebagus tips nih..tp taktau la dt buat ke tak..hehe
ReplyDeletetu lah...untuk kesihatan kena mula dah nie.....
Deletedok baca je tip tip diet. ntah bila nak start.
ReplyDeletesekarang nie....adalah permulaan yang baik nanti bila terlalu gemuk lagi susah he heee....
Deleteyan..bila baca tip tip tersebut rasa senang jer..kacang...tapi masa nak mengamalkan nya tu azabbbbb...
ReplyDeleterasa rasanya tak terbuat kot kak zu nih..
memang pun kak...tapi mula2 je...lepas tu ok....
DeleteSalam..airis x ley klu x jmpa nasi,cklat dngan makanan yang berkeju,susah nk cntrol..dok bace bnyak tips je tpi buat nyer x,tpi alhamdulillah berkat usaha n paksaan dari en hubby soh diet guna produk sendayu tinggi n banyak mnum air suam tu lah yang wat berat airis trun sebanyak 10 kilo dlam 1 mnggu tnpa mkan nasi,mknan lain tetap mkan gak..hu hu terpakse katakan.
ReplyDeletememang bila berusaha pasti berjaya....tahniah untuk airis bukan senang nak turun 10 kg tu...setengah orang berbulan2 baru boleh turun 3 atau 5 kg je...tau...
Deleteassalamualaikum ... tips yg lengkap nih ... thanks
ReplyDeleteWaalaikum salam.....
Deletesama2....
sentiasa berusaha nak kurus sekarang ni...hihihih
ReplyDeletesatu permulaan yang baik.....moga berjaya....
Deletetip yg menarik....
ReplyDeletetang bersenam tu slalu xde masa nk buat la...
setuju sangat....yan bukan tak de...masa tapi malas sangat nak bersenam he hee......
DeleteInformative post. But let me share very interesting video berkaitan fenomena Magic Diet di Amerika. Slot bual bicara dari abcTV Amerika. Just go to http://goo.gl/OFs5uj & watch ! Thanks
ReplyDeletesalam perkenalan,
ReplyDeletesaya pun setuju actually cara kurangkan berat badan,lagi bagus gabung kalori defisit tu dengan senaman.. kalau buat diet semata memang ken tahan nafsu bulat-bulat.. kalau senaman je pula,takut otot kita cedera.. jadi memang saranan yangbaik imbangkan kedua-duanya.Tapi,kalau tambah suplemen untuk kuruskan badan boleh bantu kurangkan lagi 100-200 kalori sehari.. :)
jom blogwalking blog saya,jemput datang
http://vitamomma.com/?p=2225
Kita kongsi apa yang kita tahu.. Info kecantikan untuk wanita Yang idamkan bentuk badan idaman
ReplyDeleteMungkin jaya:
https://m.facebook.com/friends/requests.php?v=all-requests&stype=cs&status=100006473 472694&gfid=AQA_gY0icU-WLiRc&_rdr#_=_
tips yang sangat berguna :)
ReplyDeletewww.mnmforlife.blogspot.com
Perkongsian tips yang sangat menarik. Saya suka amalkan cara kurus dengan menggunakan tiga langkah penting, iaitu bakar lemak, buangkan toksin dan bina otot untuk mempastikan metabolisme tubuh menjadi tinggi agar penurunan lebih berkesan. :)
ReplyDeleteShared
ReplyDeletemylink.tkr.me/langsing
nak kawal nafsu makan tu agak susah juga awalnya.. kalau dah memang jenis pantang tengok makanan...hehe..
ReplyDeletesalm kenal..
ReplyDeleteterimakasih ya atas artikenya yang sangat bermanfaat tapi untuk wanita yang melakukan senam cardio apakah harus memakai baju senam wanita ?
mohon infonya ya
Memang bagus tips ni.. InsyaAllah boleh diamalkan :)
ReplyDeleteKalau saya pulak, biasanya saya amalkan minum minuman tenaga sebagai pelengkap nutrisi dalam badan especially kalau nak bersukan..
http://miaqaisarah.com/2015/05/20/performance-drink-minuman-tenaga-terbaik/
Tips yang bagus dan menarik. I nak cuba ni soon.
ReplyDeleteAnyways, jemput2 lah ke blog saya untuk tips dan info for beauty.
>>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<
Tq
ReplyDeleteBagus tips ni.. Azhan nak kurus!!
ReplyDeletebest info... sgt suka...
ReplyDeleteHi semua, tahniah kepada orang yang telah berjaya kurus.
ReplyDeleteformula yang paling baik untuk menguruskan badan yang saya mengikut adalah dengan formula berikut:
Senaman HIIT + Makan Makanan Sihat + Konsistant= KURUS !
Cara Mengecilkan Perut Dengan Cepat
Assalammualaikum org shah Alam.. Ingin kurus Dan fit.. Untuk and a yg cintakan fitness.. Hubungi sy coach farhan (0179941149) pelbagai pakej senaman untuk anda.. Gym or di rumah... 👍👍
ReplyDeleteAssalammualaikum org shah Alam.. Ingin kurus Dan fit.. Untuk and a yg cintakan fitness.. Hubungi sy coach farhan (0179941149) pelbagai pakej senaman untuk anda.. Gym or di rumah... 👍👍
ReplyDelete