SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Tuesday 23 April 2013

PETUA UNTUK KELIHATAN SEGAK DAN ANGUN BILA DI PANDANG






 

 Assalamualaikum.........

Salam sayang untuk semua..........

N3 kali nie.....yan nak kongsi tips2 menarik untuk di kongsi bersama.....kawan2 semua mesti nak kelihatan segak bergaya bagi lelaki dan cantik bagi wanita jom sama2 kita lihat tips2nya kat bawah......


Jika ditanya kepada  orang lelaki, mahukan dia kelihatan kacak, hensem dan segak? Jawapannya, sudah tentu!.
Jika ditanya kepada orang perempuan, mahukan dia kelihatan cantik, anggun dan menawan? Jawapannya, tentulah. ( Malu-malu gitu)
Semua orang,-  anda, mereka dan saya – punyai hasrat untuk memiliki muka, penampilan dan raut wajah yang menarik, mempesonakan dan sentiasa menawan. Baik dia lelaki mahupun perempuan. Sama ada muda atau berusia.
Mungkin, orang beranggapan – untuk kacak dan cantik kita perlu memiliki wajah yang tampan dan ayu  seperti selebriti-selebriti barat yang mancung hidungnya, putih melepak kulitnya dan bibir yang mengiurkan. Dan, mungkin juga terfikir perlu melakukan pembedahan kulit, pencerahan wajah dan pengubahsuaian anggota badan fizikal untuk kelihatan menarik di mata orang lain. Perlukah begitu?
Justeru, kali ini saya ingin kongsikan beberapa petua untuk mengekalkan awet muda yang mungkin jarang-jarang orang perasan dan tentu boleh jadikan ia sebagai amalan harian kita. Petua ini mungkin pernah dan biasa kita dengar, tetapi mungkin terlepas pandang atau gagal kita jelmakan dalam kehidupan seharian.
  1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.
  2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.
  3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.
  4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.
  5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.
  6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin. “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokanlah akhlakku.”
Bagaimana? Mudah bukan. Tidak perlu belanjakan beribu-ribu ringgit untuk mencantikan wajah kita. Baik lelaki atau perempuan. Sesiapa sahaja boleh lakukannya setiap masa, setiap hari dan setiap waktu yang ada.
yan sarankan, kawan2 mulakan dengan petua yang pertama iaitu sentiasa berwudhuk. Di mana sahaja kita berada. Jika terbatal di mana pun kita berada, kita usahakan untuk menyempurnakan wudhuk semula agar kita kekal dalam keadaan suci, bersih dan tenang dengan air-air wudhuk.
Cuba lakukan selama 40 hari tanpa putus, dan yan benar-benar yakin kawan2 akan merasai suatu “kelainan” dalam kehidupan. Boleh?
Kita sama-sama usaha. Bila nak mula? Kita start hari ini juga. Jom praktikal petua ini. Harapnya selepas ini semuanya – hensem-hensem dan ayu-ayu belaka. Sejuk mata memandang gitu he heeee......

OK SEMUA.......!!!!!!!!!!SAMPAI JUMPA 

LAGI.......DA.....DA......

14 comments:

  1. sy setuju. sunnah nabi jgn ditinggalkan terus...tak payah rebut yg susah2...kita cuba amalkan doa2 harian yg mudah2 pun dah membantu menyejukkan rumah tangga kita...sy dgr ustazah laila sebut di IKIM.

    ReplyDelete
  2. wah! bagus tips ni..boleh amalkan agar diri sentiasa segak & anggun...hehe..
    TQ sharing Yan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he heee....Atie lepas nie...tak payah susah2 nak edit gambar mengunakan software 365 lagi kan...?

      Delete
    2. hehehe..yup! betul..betul...:)

      Delete
    3. jangan marah.....he heeee....

      Delete
  3. ada cara mudah kan .. tapi orang kita ni suka pilih cara yang susah! pelik betul :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macammana....jenis tak bersyukur dengan apa yang ada semuanya nak di ubah yang hitam nak putih yang kemek nak mangcung ahhh....macam lah lagi he heee.....

      Delete
  4. Salam Yan,

    Terima kasih berkongsi tip yang bagus ni selain cantik kita dapat pahala pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2....betul tu maklong......yan setuju sangat.....

      Delete
  5. salam..wahhh..ilmu yg bermanfaat ni :) nice sharing kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama S.K.A......sama2 kita mengamalkannya ye....!!!!!

      Delete
  6. tq yan atas perkongsian yang hebat ni..kita mulakan dgn yang pertama dulu yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he heee.....mulakan yang senang dulu ye....lepas tu step by step lah ye.....betul2.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...