Peristiwa Israk Mikraj
Assalamualaikum........
Salam israk & mikraj untuk semua........
alahai....rindu ngan kawan2 semua lamakan....yan menyepi.....bukan apa....biasa cuti sekolah nie....ambil kesempatan bercuti balik kampung tu je lah sebab2nya.....he heee....ok kawan2 n3 kali nie....sempena hari nie.....khamis adalah hari israk & makraj maka mari sama2 kita baca dan memahami bagai mana peristiwa ini berlaku......
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan satu
perjalanan kilat Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan
dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke
langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah
Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula
ke Mekah pada malam yang sama.
Peristiwa
Israk dan Mikraj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab
tahun kesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya
Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar
berlakunya israk mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum
hijrah nabi ke Madinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu
ada yang menyatakan ia berlaku pada 17 Rabiulawal, bulan Zulkaedah,
Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lain lagi.
Menurut Ibn
Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul.
Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah
ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Suddi menegaskan
ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah.
Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdisi berpendapat ia berlaku
pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.
Sementara
Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat
mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan
riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana
peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan
al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam
27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sahih atau pun
kata-kata Sahabat yang Sahih.
Itulah
juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam
Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27
Rabiul Awal.
Tetapi apa yang penting diambil iktibar
daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari
Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit
ketujuh (Sidratul Muntaha).
Peristiwa
ini bersabit dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Isra’ ayat
yang pertama maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidil
Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Pada
paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimanakah baginda
dapat memberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia
adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Sedangkan perjalanan ke
Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hampir sebulan, inikan pula dalam
satu malam.
Begitu pun Rasulullah s.a.w.
menyahut cabaran Abu Jahal agar dikumpulkan manusia untuk memberitahu
mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa.
Apabila manusia telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan
mereka tentang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam,
ramai daripada mereka yang tidak percaya. Malah, mereka yang lemah
imannya juga mendustakan Rasulullah s.a.w. Namun, dalam masa yang sama,
mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti
Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Keberanian
Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan
Baginda tersebut, memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya
perlu bersabar dan terus menunjukkan akhlak yang baik, walaupun
ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidak memahami Islam.
Sudah
menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai
pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. Tetapi, contohi
Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana
menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan
menunjukkan akhlak yang baik.
Maka,
sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini,
ada kalanya kita menghadapi silap faham daripada mereka yang bukan
Islam. Kita perlu tunjukkan akhlak yang baik serta bersabar dan
terangkan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenar, yang
menggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.
Kita
juga perlu tunjukkan bahawa kewujudan kita di negara ini, di tempat
kerja, di sekolah dan di rumah, membawa kesejahteraan bagi orang di
sekeliling kita. Sesungguhnya, orang Islam yang baik adalah juga rakyat,
pekerja, majikan, pelajar dan ahli keluarga yang baik.
Di
dalam perjalanan yang begitu istimewa ini, terlalu banyak yang dilihat
oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dan begitu banyak pelajaran yang dapat
kita peroleh. Antara pelajaran yang harus kita renungkan bersama adalah
manusia harus sentiasa memerhatikan hubungannya dengan Allah, dan
sentiasa menilai kembali dan berusaha memperelokkan hubungan tersebut.
Hubungan
dengan Allah s.w.t. ini mestilah wujud tatkala ditimpa kesusahan dan
ujian mahupun di kala mendapat kesenangan dan kemudahan. Ini kerana
hanya Allah sahajalah yang berkuasa dan mampu memberikan pertolongan,
menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan kepada diri kita.
Menyingkap
kembali peristiwa Israk dan Mikraj ini, Nabi telah ditimpa beberapa
kesulitan sebelum terjadi Israk dan Mikraj. Dalam keadaan demikian,
datang perintah untuk Israk dan Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan
Allah s.w.t. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri
kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam
kehidupan.
Caranya ialah kita sentiasa
beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi
semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah
dan melupakan Allah pada waktu senang.
Kehidupan
kita yang ingin berjuang untuk kebaikan pasti akan dipenuhi dengan
cabaran dan dugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita akan
berhadapan dengan kesusahan terlebih dahulu.
Namun,
semua yang berlaku itu demi untuk mengukur dan menilai keimanan kita di
dalam hati. Adakah kita sanggup menghadapinya dengan penuh ketabahan
dan kesabaran atau kita tergolong dalam golongan yang mudah berputus
harapan? Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6.,
Ertinya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) Sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan):
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.
Seperti
yang ditunjukkan Allah s.w.t. kepada Nabi-Nya yang tercinta, bahawa
Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya yang ikhlas dan benar berjuang
keseorangan. Ia akan dibantu Allah s.w.t. Ia akan diberikan kegembiraan
oleh Allah s.w.t. Bahkan Allah s.w.t. akan mengangkat darjat dan
kedudukannya.
Pengajaran yang besar juga
daripada Isra’ dan Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara
mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda
Rasulullah s.a.w. telah ditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya.
Baginda
melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh
berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah
mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang
memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia
kembali seperti sedia kala.
Nabi, juga
melihat seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka
memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang
hidup di dunia ini, agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar
dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang
disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat.
Selain
itu, Perintah solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting
di dalam kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat begitu
istimewa dibandingkan dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat
dan haji. Ini kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi s.a.w.
daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan
malaikat Jibrail.
Ini menunjukkan
keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan
solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.
OK.....KAWAN2 SEMUA.......SAMPAI JUMPA
LAGI............DA......DA........
ASSALAMUALAIKUM..........
Alhamdulillah..sebuah kisah yg sangat penuh dengan pengajaran buat semua..slm israk mikraj Yan..:)
ReplyDeletebetul tu...Rieyn moga bermanfaat untuk kita semua.....sama2...
DeleteSalam isra' mikraj yan..
ReplyDeletesalam israk mikraj juga untuk Ummu....
DeleteBanyak pengajaran yg boleh dicedok dpd sinikan Yan
ReplyDeletebetul2.....moga bermanfaat....
DeleteMalam tadi tgk Forum Perdana Islam - Istana Negara best...Us Kazim PM Dr Sy Hayati Us Don...& Us Badlishah.
ReplyDeletememang best bila menghadiri majlis2 ilmu nie....nak pula penceramah2 yg lantang bersuara....
DeleteSubanallah, besar pengorbanan Rasulullah dlam peristiwa israk mikraj..tp msih ramai yg susah nk solat 5wktu, sma2 muhasabah diri :)
ReplyDeletememang tak ternilai pergorban baginda terhadap umatnya....cuma umatnya yg masih lalai dengan keindahan duniawi.....
Deletebetul tu Yan, sempurnakan solat kita dan selalu perbaik supaya solat dan amalan kita diterima Allah aamiin
ReplyDeleteAmin...sama kita perbaiki kekurangan yg ada...
Delete