SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Tuesday, 22 January 2013

SINOPSIS DEBUNGA LALANG

Assalamualaikum........

salam sejahtera untuk semua kawan2.......

hari nie.......kita kongsi cerita pula......ada sesiapa menonton cerita nie.......yan suka sangat dengan cerita nie.....sedih je ceritanya.....membuat yan mengalirkan air mata bila menontonnya.....dengan lagu2 yang akan membuat kita bertambah sedih........yan sebenarnya bukan minat sangat filem2 melayu nie......tapi drama nie....betul2 dapat menambat hati yan......jom sama2 menonton drama menarik nie....... 

 

 

 

 

Sinopsis drama Debunga Lalang, Slot Azalea TV3

Hai, drama Debunga Lalang akan bersiaran pada hari Rabu ini 2 Januari 2013 dalam slot Azalea TV3. Maaf, drama ini telah ditunda daripada tarikh asalnya 31 Disember 2012.  Berikut adalah sinopsisnya..


Pelakon drama ini ialah Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat.

Sinopsis Debunga Lalang:



Saodah (Ku Fridah) merupakan seorang janda kaya yang tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai dua orang anak perempuan, hasil dari dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah (Noorkhiriah) dan Khatijah (Wan Sharmila). Aishah, seorang wanita berkeperibadian lembut dan ikhlas sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Halim (Zul Ariffin), seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Alia dan Arina. Mereka bahagia walaupun hidup serba sederhana. Tambahan pula Mak Munah, ibu Halim yang penyayang sentiasa berada di sisi mereka untuk memberikan sokongan.


Khatijah pula, seorang yang dominan dan amat keras hati. Setiap kehendaknya perlu dipenuhi. Khatijah menikahi Bakri (Ungku Ismail), seorang dekan di sebuah kolej tempatan, atas pilihan Saodah. Sayangnya, dia tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lebih lima tahun melayari bahtera rumahtangga. Kasih Saodah sebagai seorang ibu diuji dalam bentuk yang berbeza.


Saodah tidak adil dalam membahagikan kasihnya kepada kedua-dua puterinya itu. Saodah melebihkan Khatijah dalam segala-galanya, termasuklan soal pelajaran. Aishah hanya diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah sahaja, sedangkan Khatijah diberi peluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini menyebabkan kehidupan Khatijah jauh lebih baik dan berharta dari Aishah.  Ketidakadilan Saodah ini sering membuatkan Aishah kecewa dan jauh hati. Tidak cukup dengan itu, Aishah dan keluarganya sering diperlekehkan oleh Saodah.


Suatu hari, Aishah disahkan hamil anak ketiga. Khatijah berasa sungguh cemburu dan meminta Saodah membuat perjanjian dengan Aishah. Seandainya anak di dalam kandungan Aishah ialah perempuan, maka dia harus diserahkan kepada Khatijah.


Impian Khatijah menjadi kenyataan apabila Aishah melahirkan anak perempuan. Khatijah dan Saodah memaksa Aisyah untuk memenuhi ‘janji’nya dengan menyerahkan bayi perempuan yang diberi nama Ayang Mastura itu kepada Katijah. Pelbagai helah telah dilakukan oleh Saodah, termasuklah mengupah seorang bomoh. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan bayi tersebut yang sering sakit sejak dilahirkan.


Demi menjaga perasaan Saodah, akhirnya Aishah dan suami terpaksa juga menyerahkan bayi mereka walaupun hati tidak merelakan. Tidak puas menyakiti Aishah, Khatijah nekad mahu memutuskan terus hubungan Ayang dengan keluarga kandungnya. Kesempatan baik diperolehinya apabila suaminya, Bakri, mendapat tawaran mengajar di luar negara. Ketika perkara itu diketahui Aishah, Khatijah bersama suami dan Ayang sudahpun berlepas ke luar negara.


Mulai hari itu, Aisyah hidup dalam kesedihan akibat kehilangan anak bongsunya itu. Suaminya, Halim, telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya berpindah dari kampung tersebut demi masa depan yang lebih baik. Dia mahu membuktikan pada Saodah bahawa anak kampung sepertinya juga mampu berjaya dan yang paling penting sekali, dia mahu menjauhkan Aishah dari ibunya yang terus-terusan menghina dan menekan hidup Aishah.


Setelah 10 tahun, Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura kembali ke tanah air. Berita itu sampai ke pengetahuan Aishah. Dia dan Halim pergi ke rumah Saodah untuk menjenguk Ayang Mastura yang sudah berusia 10 tahun itu. Namun, Saodah mengusir mereka dari situ. Pelbagai kata-kata menyakitkan dilemparkan oleh Saodah. Aisyah berasa teramat sedih dan hina sekali dengan keadaan itu. Halim merasakan yang kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Dia telah membuat keputusan untuk menuntut hak penjagaan Ayang Mastura. Berjayakah Aishah dan Halim mendapatkan anak mereka? Apakah yang bakal dilakukan oleh Saodah dan Khatijah untuk menggagalkan usaha Aishah dan Halim?
(Sumber: Galaksi Media)

Bagaimana?sedih dan Menarik bukan? Sama-sama kita saksikan drama Debunga Lalang di TV3 sampai jumpa lagi.........
DAAAAAA................ 



16 comments:

  1. nanti nk tgk jg la..

    baca dr sinopsis pon dh sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih sangat.....cerita nie.....kesian anak di anak tiri kan......

      Delete
  2. KY kurang tengok tv sebenarnya, kadang2 banyak citer yg tertinggal, nak2 kalau drama, malas sangat nak menunggu, kalau movie adalah yg tengok, lg pun KY ni suka tengok cerita yang bermisteri dan beraksi heeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...ke...yan pun sama macam KY......tapi bila tengok citer nie.....memang best gile......memang boleh masuk anugerah drama terbaik la......

      Delete
  3. sedihnye sedihnye ....ermm tapiii nak tengok ke tak nak eaa? huhuhu

    ReplyDelete
  4. Baca sinopsis je dah tau.. mesti sedih ni.. tambah2 pelakon Nor Khairiah & Fauziah Nawi tu..huhu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Atie.......nor khairiah betul2 menjiwai wataknya....di tambah pula ku faridah sebagai ibu yang jahat memang betul2 best.....sangat....

      p/s Atie....bukan fauziah nawi....tapi ku faridah....

      Delete
  5. dok kat tpt orng nie tak dapeklah nak nengok citer mahpun rncng tv tempatan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa......siannya.....jangan sedih tau.....tak pe.....bila balik sini boleh tengok....ye.....

      Delete
  6. Daaaaaaaaaaaaaaaa... akak tak tengok sob sob sob :(

    ReplyDelete
  7. xpernah tgk pun tp mcm best jerk

    ReplyDelete
  8. jarang nak dpt tgk tv..lagi2 kalau bersiri...alamatnya terlepas la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...ke....ala kesianya....tak pe...kan ada [ www. tonton.com.my]

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...