SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Monday, 28 January 2013

18 CIRI2 SUAMI YANG SOLEH


Assalamualaikum......salam sejahtera untuk semua....

di n3 kali nie......mari sama2 kita lihat adakah para suami2 kat luar sana ada yang memiliki ciri2 di bawah ini........jom layannnn............

18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan
    juga terhadap Allah S.W.T. 

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.


moga semua suami mempunyai sifat2 seperti ini.....walau pun tak memiliki semua sifat2 yang tertera di atas....hanya separuh pun sudah memadai untuk para2 isteri mensyukuri di atas nikmat yang diberi........jalanilah rumah tangga mengikut syariat islam nescaya hidup akan di berkati Allah bahagia dunia dan akhirat...............

SAMPAI JUMPA LAGI.............DAAAAA........

12 comments:

  1. Syukur Alhamadulillah... ada juga ciri2 diatas pada en suami akak ehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau macam tu....kak yati.....

      Delete
  2. suka info ini..tq
    moga suami kite di kalangan tersenarai tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang inilah......yang di harapkan oleh para2 isteri solehah......

      Delete
  3. ehmmmmmm sesangat mengharapkan kita juga mempunyai ciri2 isteri yang solehah pulak..

    ReplyDelete
  4. Syukur alhamdulillah dengan apa yg ade pd suami wpun tak sempurna semuanya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus.....jadi lah....isteri yang bersyukur dengan apa yang ada.....moga berbahagia dunia akhirat.....

      Delete
  5. InsyaAllah masih byk perlu di perbaiki oleh suami..
    sama2 memperbaiki diri..
    TQ sharing Yan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting ada keinginan untuk perbaiki diri.....dan jadi suami yang soleh...dan wanita pula isteri yang solehah......

      Delete
  6. suami yg sentiasa di impikan oleh setiap wanita, thanks yan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua wanita ingin memiliki suami yang soleh.....tapi jangan lupa kita juga perlu menjadi isteri yang solehah.....baru seimbang membentuk rumah tangga yang harmonis........

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...