SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Tuesday, 1 October 2013

GAMBAR2 KEINDAHAN ALAM SEMESTA


  Gambar2 Keindahan Alam Semesta  dari Teleskop Hubble

ASSALAMUALAIKUM........

salam sejahtera untuk semua......n3 kali nie....jom sama2 kita lihat keindahan alam semesta yg umumnya tidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita ianya jelas terlihat melalui teleskop hubble dengan teknologi yg canggih ini dapat kita sama2 melihat keindahan alam semesta ciptaan ALLAH yg maha berkuasa untuk seluruh alam ini.....jom sama2 kita lihat keindahan yg tak mungkin kita dapat jejakki kaki kita kesana......jangan lupa sambil2 lihat & renung2kan.....










SAMA2 KITA RENUNG2KAN KEBESARANNYA.......MOGA KITA TERGOLONG DARI KALANGAN ORANG2 YG BERSYUKUR DI ATAS NIKMATNYA.......SAMPAI JUMPA LAGI......DA.....DA........

Sunday, 22 September 2013

POKOK MAHKOTA DEWA






Assaamualaikum.........

Salam sejahtera untuk semua yg sudi berkunjung kesini...moga kalian semua sihat & berbahagia selalu hendaknya......
kawan2 n3 kali nie....Yan nak ajak kawan2 semua tengok pokok mahkota dewa Yan yg tengah berbuah dengan lebatnya.....tentu semua dah kenal & tahu khasiat buah mahkota dewa nie kan....?????
jadi tak perlulah Yan nak bercerita panjang tentang khasiat2nya tu...he heeee....jom kita layan gambar2 kat bawah.......

 





lihat tu.....pokok yg kecil merimbun.....boleh nampak buahnya kan......sampai di dahan2 bawah
pun ada buahnya........yg berwarna merah tu....sedia untuk di petik.....

 




gambar dari dekat nampak gugusan buah yg lebat bila semuanya masak merah umpama delima nampak cantik sangat.....sebenarnya buah nie....tak di makan pun cuma suka je tanam.....selalunya beli yg siap je.....kopi mahkota dewa.....Yan belum pernah cuba buat sendiri air rebusan mahkota dewa nie.....nanti2 insyaallah nak juga cuba membuatnya lagi ori kan...tampa pengawit gitu.....
ok...sampai sini dulu perkongsian untuk kali nie.....

SAMPAI JUMPA  LAGI DI N3 AKAN


 DATANG..........DA.........DA.......

Tuesday, 3 September 2013

SANTAI SAMBIL MANDI MANDA DI ULU BENDUL KUALA PILAH....





 Assalamualaikum..........

Salam sejahtera untuk semua yg masih setia bersama permata hati mama....tq....di ucapkan kepada semua....n3 kali nie.....Yan nak kongsi gambar yg sempat di ambil ketika cuti hujung minggu yg lalu....kami sekerluarga ke kuala pilah atas permintaan anak2 untuk mandi sungai....setelah di fikirkan maka kami pun pergi ke ulu bendul memang tak rugi bila kesini suasana yg indah & nyaman sekali.....air sungai yg jernih mengalir laju di celah2 batu2 yg besar jelas kelihatan anak2 ikan berlari kesana sini....wow......memang best.....sangat.....ok jom kita layan gambar2 kat bawah nie........







ini pintu gerbang utama menuju ke ulu bendul....kat luar pun ada sungai....tapi di dalam ada semua kemudahan tandas awam berbayar,surau & bermacam2 lagi...


 




dewan juga di sediakan di sini......


 


nampak tak bermaya si Ikhwan & Aween nie.....tu sebab belum jumpa sungai....saja bawa jalan2 kawasan sekitar nak tengok apa lagi yg ada....









eh2 kat sini pun ada menara tinjau juga.....yg jelas kami semua taknaik pun....biasa gayat gitu he heee....

 





 taman burung pun ada bermacam2 spesis burung di pelihara di sini.....



t




nie.....muka si Ikhwan senyum melebar je.....bila dapat mandi sungai hmmm....suka lah tu.....


 





 haaa....tengok tu....cantik tak....?









sejuk & jerih je airnya.....budak2 berdua tu....tengah leka bermain....

 



 kawasan sekitar sungai di penuhi batu2 & pokok2 yg besar2 menjadikan kawasan ini redup & sejuk....








pemandangan yg indah sekali kan....?

 





OKLAH SEMUA........SETAKAT INI SAJA YG DAPAT YAN KONGSI MENGENAI TEMPAT YG MENARIK UNTUK KITA BERSANTAI BERSAMA KERLUARGA....

SAMPAI JUMPA LAGI......DA......DA......

Thursday, 29 August 2013

DOA HARIAN DAN PENGERTIANNYA

 

Assalamualaikum...........

Salam jumaat yg penuh keberkatan ini untuk semua kawan2 moga semua.....mendapat keberkatan & kasih sayang dari Allah Amin....

kawan2 n3 kali nie......jom sama2 kita pelajari & memahami perngertian berdoa itu......

 

Doa harian dan Pengertian doa


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:




Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.


Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:




Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)


b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:



...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:



...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:


Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:


Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:


Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)


OK....SEMUA SETAKAT INI SAHAJA PERKONGSIAN ILMU UNTUK KALI INI....MOGA MEMBERI MANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......

JUMPA LAGI.....DA.....DA........

ASSALAMUALAIKUM.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...