SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........
TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......
TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......
kawan alam maya
Thursday, 24 October 2013
3 GOLONGAN AWAL AHLI NERAKA.......
Assalamualaikum.......
Salam jumaat untuk semua.....moga kalian semua di rahmati Allah selalu......
kawan2 n3 kali nie....mari sama2 kita renungkan adakah kita tergolong dalam golongan orang2 yg tersebut di bawah nie.....jom sama2 kita selidiki apa yg terkurang yg perlu kita baiki untuk tidak termasuk dalam 3 golongan awal ahli neraka.......teruskan membaca & memahaminya......
Jauhi Daripada Menjadi Tiga Golongan Awal Ahli Neraka
Setiap amalan yang hendak dilaksanakan mestilah ikhlas kemata-mata kerana Allah SWT. Allah SWT. tidak akan memandang sesuatu amalan yang dilaksanakan kerana riyak atau untuk mendapat pujian daripada manusia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa beramal kerana riyak, Allah akan menolak amal itu pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah r.a. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Allah SWT berfirman yang bermaksud, 'Aku adalah Dzat Yang paling kaya dari persekutuan-persekutuan yang ada. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan bercampur dengan syirik (persekutuan) di dalamnya antara Aku dengan selain Aku, Aku akan meninggalkannya dan apa yang dipersekutukan itu'." (Hadis Riwayat Muslim).
Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba Abu Hurairah menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.
Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan.
Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan : "Bahawa pada hari kiamat nanti, Allah SWT akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah SWT.
Allah SWT bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah Aku telah mengajarkanmu kitab yang telah Aku turunkan kepada rasul-Ku?"
Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.''
Allah SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?''
Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-Mu di malam hari dan siang hari''
Malaikat berkata kepadanya, "Engkau berdusta".
Allah SWT berfirman "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.
Kemudian dipanggil orang kaya. Allah SWT berfirman, ''Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup".
Orang itu menjawab, ''Benar wahai Tuhan''.
Allah SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'',
Dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.''
Allah SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta".
Malaikat juga berkata begitu. Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah SWT.
Maka Allah SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?''
Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.''
Maka Allah SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu."
Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.
"Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"
Berdasarkah hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas kerana Allah SWT dan ada matlamat dan tujuan yang lain maka ianya tidak akan di terima oleh Allah SWT. Amalan tersebut akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan tidak ada nila di sisi Allah SWT.
Ada orang bertanya bagaimana hendak mengetahu sesuatu amalan itu ikhlas atau tidak?, sedangkan ikhlas itu terletak di hati. Tidak ada sesiapa pun mengetahuinya melainkan Allah SWT.
Memang benar ikhlas itu terletak di hati. Jika kita sendiri hendak mengesan amalan yang kita buat itu ikhlas atau pun tidak maka tandanya kita lebih suka rahsiakan daripada menceritakan kepada orang lain. Boleh di ceritakan dengan syarat ada keperluan sebagai pengajaran dan ikutan . Sedekah yang lebih baik adalah sedekah yang dilakukan secara sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain hinggakan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan.
Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT tidak mengharapkan ganjaran atau pun pujian orang ramai. Di hina atau di puji tidak akan melemahkan semangat atau menjadi lebih semangat, kerana tidak ada balasan ganjaran yang lebih baik melainkan ganjaran daripada Allah SWT
SEKIAN SAJA......MOGA IANYA MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.......SAMA2 KITA PERBAIKI YG TERKURANG KERANA KITA HANYA HAMBANYA......YG SERING ALPA.....SAMPAI JUMPA LAGI........
DA.....DA.......ASSALAMUALAIKUM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga dijauhkan dr sifat2 tersebut. Nauzubillah
ReplyDeletesalam yan..terima kasih diatas perkongsian hadith yang banyak memberikan peringatan nie..semoga kita dijauhkan drp tergolong dlm golongan yg dinyatakan tuh..
ReplyDeleteAllah.. neraka seburuk buruk tempat kembali... syukran kak peringatan..
ReplyDeleteNauzubillah..hm harap kita tidak tergolonglah dikalangan orang2 spt tu..citer bab neraka dan akhirat..btol2 menginsafkn diri..wlaupn iman xkuat, tp cuba cri yg terbaik utk diri sndri..
ReplyDelete