SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Thursday 28 November 2013

Hari Jumaat Hari Istimewa


Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

KEUTAMAAN HARI JUMAAT


Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."

1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)

2.Waktu yang mustajab untuk berdo'a 


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:

i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat

Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'" (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.

ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar

Dari Jabir bin 'Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, "Hari Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, "ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."

3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT

1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh

Dari Abu Hurairah r.a., katanya :

"Nabi s.a.w. ketika solat Subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Memperbanyakkan selawat

Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)

3. Membaca surat Al Kahfi

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

4. Memperbanyak do'a

5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
  •     Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
  • Bergerak awal ke masjid.
  • Diam mendengarkan khatib berkhutbah. 
  • Memakai pakaian yang terbaik.
  • Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Allah s.w.t berfirman :

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Imran:31)

Jom amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w.! ^_^


Tuesday 19 November 2013

KARNIVAL SELANGORKU MORIB 2013






Assalamualaikum........


Salam sejahtera buat semua.....
kawan2 n3 kali nie....yan nak berkongsi gambar2 yg di ambil ketika karnival selangorku yg di adakan di pantai morib minggu lepas.....banyak agenda2 menarik di sediakan di sini....karnival nie....bermula dari hari jumaat sampai hari minggu....memang banyak aktiviti menarik di sediakan di sebelah petang ada sembang santai bersama ustaz bollywood berserta artis2 jemputan seperti Abby Abadi,Diana Amir & Hairi mereka semua adalah artis2 yg telah berhijrah & sembang santai juga menceritakan kisah2 kisah2 penghijrahan mereka semua.....oklah semua jom kita lihat gambar2 yg sempat di ambil ketika karnival tersebut.....


 




gambar di atas ialah semasa sesi sembang santai bersama pelakon2 banyak info2 menarik dapat di sini.
 








ini pula gambar Diana Amir tak berapa jelas sangat sebab zomm dari jauh gitu.....


 




Abby yg manis sentiasa mengukir senyuman yg manis cantik si Abby nie.....


 




Ikhwan & Aween pun tak lepaskan peluang bergambar bersama mama goges nie.....

 





inilah tempat2 yg paling anak2 suka.....berjam2 masa di habiskan di sini......


 




ok lah.....semua.....insyaallah nanti kita sambung lagi banyak lagi gambar2 menarik nak dikongsi kat semua kawan......

OK JUMPA LAGI................


                          DA............DA..............

Tuesday 12 November 2013

PETUA TRADISIONAL KEMPIS PERUT & LANGSING LEPAS BERSALIN 

 

 




Assalamualaikum........
Salam rabu untuk semua.....moga hari ini menjadi hari terindah buat semua.......
kawan2 n3 kali nie.....yan nak kongsi beberapa petua dulu2 yg masih boleh di amalkan di zaman ini....petua nie....juga sesuai untuk yg telah banyak mencuba ubat2 kurus tapi tak kurus2 boleh cuba petua2 nie...pula mana tahu serasi dengan kita.....betul tak.....????
mari sama2 kita lihat & jangan lupa mengamalkannya juga ye....!!!!!! 


1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
*******************************

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.
*****************************

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.


3.Lansing dengan daun cekur.
**********************


-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.


4.Khasiat asam jawa.
*****************

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.


5.Lansing dengan biji manjakani.
+***********************

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.
************

-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis diminum setiap hari semasa berpantang.


SELAMAT MENCUBA............

JUMPA LAGI.................

                     DA................DA.........

Sunday 10 November 2013

GUBAHAN SIRIH JUNJUNG





Assalamualaikum.........

Salam sayang untuk semua kawan.....harap semuanya sihat & sejahtera selalu......
kawan2 di n3 kali nie.....yan nak kongsi pula cara2 nak buat sirih junjung.....kan senang bila boleh buat sendiri jimat sikit kan......jom kita lihat apa yg di perlukan untuk sirih junjung nie.....


 





bahan2nya......

5 kuntum bunga ros merah
1 tangkai bunga kekwa putih
2     " bunga kecil
30 helai daun sirih
1 kuntum bunga kapur
1      "           "    cenkih
1      "           "    gambir
1      "           "    pinang
1 kotak jarum peniti
1 span basah 







cara membuatnya.....seperti gambar di atas just susun2 tiga helai daun sirih di sekeling span hingga penuh ini adalah asas ok....yg lain2 tu main cucuk2 je he heeee.....janji tutup span tu......betul tak.....?


 






SELAMAT MENCUBA............


              JUMPA LAGI..............


                                     DA..........DA.........

Tuesday 5 November 2013

DAH RANUM DAHHH.......







Assalamualaikum.......

Salam sayang untuk semua......doa & harapan moga semuanya berbahagia selalu di samping yg tersayang.....kawan2 n3 kali nie.....jom sama2 lihat pokok2 cili tomato yan telah lama terabai dek kesibokkan melanda tempoh hari....tengok2 je....semuanya dah masak ranum....hmmm sebab tu lah......semenjak 2 menjak nie....asyik dok dengar kicauwan burung menyanyi riang gembira....apa tidaknya....bila lihat cili yg cantik & sedap nie....merah menyala gitu....dengan rasa yg manis buat semua burung2 tu teruja tau.....selalu pun yan biar je burung2 tu makan dari pada kita tak termakan kan..... maklum banyak pokoknya masak pula tu boleh di katakan serentak  pula tu....oklah....jm kita cuci mata lihat cili2 kat bawah nie.......












Cantik tak Kak Tonnnn....geramnya tenguk buah2nya tu berketul2 gitu kannnn.....



 







yg bawah nie.....masa belum masak putih2 je kan....yg best tanam cili nie.....dia sentiasa berbuah tak cuti2 maknya sentiasa ada buahnya.....selalunya yan makan begitu saja.....sebab tak rasa macam cili pun manis2 buah gitu.......

Ok...lah sampi di sini dulu n3 pasal cili nie...ye..!!!!

SAMPAI JUMPA LAGI...........

DA........DA..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...