SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Wednesday 30 October 2013

TIPS KURUS SECARA SIHAT

Assalamualaikum.......

Salam sejahtera untuk semua......
kawan2 n3 kali nie.....yan nak kongsi cara mudah untuk kurus tampa ubat.....cuma guna buah2an saja pasti tak ada kesan sampingan & kulit pasti berseri2 nak tahu...!!!!!!jom kita layan.......

Mahu kurus dengan cepat? Lupakan saja pil atau ubat-ubatan supplemen kurus kerana ia bukan cara selamat untuk menguruskan badan. Penyelesaiannya mudah iaitu senaman.
Menerusi senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses penurunan berat badan.

Namun tidak seronok pula bersenam tanpa diselang-selikan dengan pe­ngambilan makanan yang dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu.

Di negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan.







 Foto


1) sediakan semua buah2an seperti di atas


 Foto

 2)  hiris nipis buah2an masukkan ke dalam botol



Foto




3) campurkan 1 sudu madu



Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.


Bagaimanapun, minuman diet ini dipercayai pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi bukunya, Two-Week Fat Flush yang diterbit­kan 25 tahun lalu.

Minuman ini menggunakan buah-buahan kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita rasa kenyang lalu mengurangkan pe­ngambilan makanan.

Menurut pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed, minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh.

“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan.

“Selain membekalkan vitamin C, tambahan daun pudina membantu melancarkan penghadaman manakala limau gedang pula mengandungi antioksidan flavonoid yang meningkat­kan lagi sensitiviti insulin.

“Jadi ia bukan saja baik untuk dalaman badan, malah pada kulit dan penampilan luaran tubuh,” katanya.

Azlan bagaimanapun menegaskan pentingnya menyeimbangkan senaman dan diet dalam aktiviti harian.

“Mereka yang ingin menurunkan berat badan tidak boleh bergantung kepada minuman ini semata-mata. Senaman amat penting dan paling efektif dalam membakar lemak.

“Pada masa sama, minum banyak air kosong kerana pengambilan minuman ini saja tidak membekalkan air yang diperlukan tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berpunca daripada kurang minum air kerana wujudnya mitos kegemukan air.

“Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila semua perkara ini digabungkan, ia akan memudahkan proses penurunan berat badan,” ujarnya.


Bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana
1 limau gedang ­(potong nipis)
1 limau nipis (potong nipis)
1 lemon (potong nipis)
1 oren (potong nipis)
1 timun (potong separuh dan nipis)
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam)
Ais
Air kosong


SELAMAT MENCUBA..........TIP MUDAH & MURAH INI......

SAMPAI JUMPA LAGI.......DA....DA......

Sunday 27 October 2013

HANTARAN PERKAHWINAN






Assalamualaikum.........

Salam sejahtera untuk teman2 moga berbahagia selalu di samping familly tercinta.....
Alhamdulillah.....syukur dengan nikmatnya selesai jua hantaran yg di tempah & tahniah untuk pasangan pengantin yg selamat di ijab kabul semalam moga berbahagia dunia & akhiratAmin.....
kawan2.....inilah hasilnya gubahan yg telah Yan siap kan sebahagian nya telah Yan tunjukkan hari tu....gubahan coklat & yg tinggal gubahan sirih junjung akan datang Yan akan kongsi cara2 mengubahnya sekali.....ok jom kita layan.....




di bawah nie....gubahan beg & alat solet biasalah kan....dari pihak lelaki....


 













 

yg bawah nie......tempat letak rantai tangan











 gambar di bawah gubahan telekong di jadikan topi










yg bawah nie pula.....gubahan bakul untuk buah2an...maaf lupa nak ambil gambar masa letak buah.












yg akhir sekali gubahan halua betik....so...pada yg berminat nakkan halua yg cantik nie.....boleh order ok......


 






OK SEMUA............JUMPA LAGI.......DI N3



 AKAN DATANG......DA......DA......

Thursday 24 October 2013

3 GOLONGAN AWAL AHLI NERAKA.......





 

Assalamualaikum.......

Salam jumaat untuk semua.....moga kalian semua di rahmati Allah selalu......
kawan2 n3 kali nie....mari sama2 kita renungkan adakah kita tergolong dalam golongan orang2 yg tersebut di bawah nie.....jom sama2 kita selidiki apa yg terkurang yg perlu kita baiki untuk tidak termasuk dalam  3 golongan awal ahli neraka.......teruskan membaca & memahaminya......



Jauhi Daripada Menjadi Tiga Golongan Awal Ahli Neraka

Setiap amalan yang hendak dilaksanakan mestilah ikhlas kemata-mata kerana Allah SWT. Allah SWT. tidak akan memandang sesuatu amalan yang dilaksanakan kerana riyak atau untuk mendapat pujian daripada manusia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa beramal kerana riyak, Allah akan menolak amal itu pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Allah SWT berfirman yang bermaksud, 'Aku adalah Dzat Yang paling kaya dari persekutuan-persekutuan yang ada. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan bercampur dengan syirik (persekutuan) di dalamnya antara Aku dengan selain Aku, Aku akan meninggalkannya dan apa yang dipersekutukan itu'." (Hadis Riwayat Muslim).

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba Abu Hurairah menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan.

Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan : "Bahawa pada hari kiamat nanti, Allah SWT akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah SWT.

Allah SWT bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah Aku telah mengajarkanmu kitab yang telah Aku turunkan kepada rasul-Ku?"

Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.''

Allah SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?''

Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-Mu di malam hari dan siang hari''

Malaikat berkata kepadanya, "Engkau berdusta".

Allah SWT berfirman "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. Allah SWT berfirman, ''Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup".

Orang itu menjawab, ''Benar wahai Tuhan''.

Allah SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'',

Dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.''

Allah SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta".

Malaikat juga berkata begitu. Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah SWT.

Maka Allah SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?''

Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.''

Maka Allah SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu."

Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Berdasarkah hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas kerana Allah SWT dan ada matlamat dan tujuan yang lain maka ianya tidak akan di terima oleh Allah SWT. Amalan tersebut akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan tidak ada nila di sisi Allah SWT.

Ada orang bertanya bagaimana hendak mengetahu sesuatu amalan itu ikhlas atau tidak?, sedangkan ikhlas itu terletak di hati. Tidak ada sesiapa pun mengetahuinya melainkan Allah SWT.

Memang benar ikhlas itu terletak di hati. Jika kita sendiri hendak mengesan amalan yang kita buat itu ikhlas atau pun tidak maka tandanya kita lebih suka rahsiakan daripada menceritakan kepada orang lain. Boleh di ceritakan dengan syarat ada keperluan sebagai pengajaran dan ikutan . Sedekah yang lebih baik adalah sedekah yang dilakukan secara sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain hinggakan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan.

Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT tidak mengharapkan ganjaran atau pun pujian orang ramai. Di hina atau di puji tidak akan melemahkan semangat atau menjadi lebih semangat, kerana tidak ada balasan ganjaran yang lebih baik melainkan ganjaran daripada Allah SWT


SEKIAN SAJA......MOGA IANYA MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA.......SAMA2 KITA PERBAIKI YG TERKURANG KERANA KITA HANYA HAMBANYA......YG SERING ALPA.....SAMPAI JUMPA LAGI........

DA.....DA.......ASSALAMUALAIKUM.

Monday 21 October 2013

GUBAHAN HANTARAN BUNGA DARI COKLAT






Assalamualaikum........

Salam mesra untuk semua.....doa & harapan semuanya sihat & sejahtera selalu di samping yg tersayang.....
kawan2 maaf di pinta semenjak 2 menjak nie....blog permata hati mama nie....sedikit terabai tak sempat nak buat n3terbaru....kerana kesebokkan melanda biasalah kan...!!!!!!cuti sekolah hampir tiba.....tengah sibuk menyiapkan tempahan hantaran perkahwinan kawan2 masih banyak yg belum selesai....apa pun kali nie....curi2 masa buat n3 nie....nak kongsi ngan kawan2 cara untuk buat bunga dari coklat ok....jom lihat apa bahan2 diperlukan.....













BAHAN2 YG DI PERLUKAN IALAH.......

1) coklat ladybird

2) coklat hugs kisses

3) dawai halus/kasar & pemotong

4) gam tembak

5) pelilit batang

6) span & bakul

7) daun pakis & daun ros











CARA MEMBUAT BUNGA.......


Potong dawai halus sepanjang 4 inci ambil 5 batang untuk sekuntum bunga lilit semua sekali hujung batang dawai kemudian bentukkan ambil coklat ladybird gamkan pada kesemua tangkai dawai sehingga menjadi 5 kelopak bunga lepas tu gamkan pula sekeliling coklat kisses lekatkan di tengah kelopak bunga ambil dawai kasar lilitkan bersama bunga & daun  contoh boleh lihat di atas....untuk bunga kisess tu gam kan ketiga2 kisess tu dengan dawai kasar je lepas tu lilitkan senangkan....


 




untuk satu bakul kecil memerlukan 7 kuntum bunga & bunga kecil kisses dalam 10 batang bila dah siap buat susun je lah ye...!!!!!!


 





ini lah rupa gubahan yg dah siap.....cantik tak kak tonnnn...????

SELAMAT MENCUBA.........JUMPA LAGI......

DENGAN GUBAHAN2 SETERUSNYA YE...!!!!

DA........DA........

Sunday 6 October 2013

DEKORASI RUANG TAMU UTAMA BERSAMA YAN




 Assalamualaikum........

salam sayang untuksemua kawan2.....moga sihat & sejahtera selalu ye...!!!!!!
kawan2 n3 kali nie.....Yan nak kongsi ngan kawan2 dekorasi ruang tamu utama kat rumah Yan.....sebelum kawan2 tengok gambar2 kat bawah tu.....cecuba bagi komen sikit agak2 lah berserabut ke tak....?
heheee......inilah penangan bila dah jatuh cinta ngan english cottages nie......di mata orang yg macam Yan nie.....memanglah ok.....cuma penjagaannya tu je....yg rumit sikit seminggu 2/3 kali nak kena cuci habuk2 kat my hiasan semua tu.....nasiblah dok umah je...kan....kalau tidak memang penuh hiasan tu semua ngan habuk he...heeee.......ok jom layan gambar kat bawah tu pula......


 





haaa....ruang tamu utama nie.....siap dengan meja makan untuk tetamu.....


 









 ini pula ruang bersebelahan meja makan kat atas penghadang antara ruang tamu kedua........









antara hiasan yg perlu sentiasa di lap kalau tak mesti tak cantik di pandang mata gitu......


 





salah satu meja di ruang tamu utama untuk tetamu yg mempunyai anak2....


 





cukup sampai di sini dulu......nanti kita terjah ruang2 yg lain pula ok.......

SAMPAI JUMPA LAGI...........DA.......DA........

Thursday 3 October 2013

5 UBAT HATI YG BERKELADAK












Assalamualaikum.........

Salam jumaat untuk semua........moga hari ini adalah hari terbaik untuk untuk kita semua.....lakukan pekara yg baik2 seolah2 esok tiada lagi....tapi bila hati berkeladak memang susah untukberbuat kebaikan.....jadi....kena bersihkan hati kita dulu....nak tahu cara nak mengubati hati kita supaya tiada keladak & bersih baru senang melakukan pekara2 yg baik insyaallah......

MARI KITA MENGUBATI HATI KITA DENGAN MELAKUKAN 5 PERKARA DI BAWAH INI......

(1)  SOLAT 5 WAKTU & SOLAT MALAM

(2)  PERBANYAKKAN BERPUASA WAJIB & SUNAT

(3)  MEMBACA AL QURAN &MEMAHAMI MAKNANYA

(4)  BERKAWAN DENGAN ORANG2  SOLEH/SOLEHAH

(5)  SENTIASA BER ZIKIR


moga dengan melakukan 5 perkara di atas maka iyanya menjadi ubat pada hati kita yg penuh dengan keladak bila berkeladak susah nak buat kebaikan jadi sama2 kita hapuskan keladak2 dalam hati dengan melakukan 5 perkara diatas.

OK SEMUA ......MARI SAMA2 KITA RENUNG2KAN ADAKAH KITA YG TERBAIK ATAU SEBALIKNYA.....

SAMPAI JUMPA LAGI.......DA......DA.....

Assalamualaikum.......
 

Tuesday 1 October 2013

GAMBAR2 KEINDAHAN ALAM SEMESTA


  Gambar2 Keindahan Alam Semesta  dari Teleskop Hubble

ASSALAMUALAIKUM........

salam sejahtera untuk semua......n3 kali nie....jom sama2 kita lihat keindahan alam semesta yg umumnya tidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita ianya jelas terlihat melalui teleskop hubble dengan teknologi yg canggih ini dapat kita sama2 melihat keindahan alam semesta ciptaan ALLAH yg maha berkuasa untuk seluruh alam ini.....jom sama2 kita lihat keindahan yg tak mungkin kita dapat jejakki kaki kita kesana......jangan lupa sambil2 lihat & renung2kan.....










SAMA2 KITA RENUNG2KAN KEBESARANNYA.......MOGA KITA TERGOLONG DARI KALANGAN ORANG2 YG BERSYUKUR DI ATAS NIKMATNYA.......SAMPAI JUMPA LAGI......DA.....DA........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...