SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Thursday 29 August 2013

DOA HARIAN DAN PENGERTIANNYA

 

Assalamualaikum...........

Salam jumaat yg penuh keberkatan ini untuk semua kawan2 moga semua.....mendapat keberkatan & kasih sayang dari Allah Amin....

kawan2 n3 kali nie......jom sama2 kita pelajari & memahami perngertian berdoa itu......

 

Doa harian dan Pengertian doa


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:




Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.


Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:




Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)


b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:



...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:



...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:


Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:


Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:


Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)


OK....SEMUA SETAKAT INI SAHAJA PERKONGSIAN ILMU UNTUK KALI INI....MOGA MEMBERI MANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......

JUMPA LAGI.....DA.....DA........

ASSALAMUALAIKUM.........

Monday 26 August 2013

PENANGAN BERCUTI ADA YG MATI & ADA YG SUBUR.....






Assalamualaikum........

Salam lembaran untuk semua kawan2.....moga bulan syawal ini membawa sinar kebahagiaan untuk kalian semua...Alhamdulillah hari nie.....baruYan dapat buat n3 terbaru setelah bercuti hampir 2 bulan......rindu pula dengan kawan2 semua.....terima kasih pd yg sudi singgah bertanya khabar......apapun kalian memang kawan2 yg terbaik ok....!!!!!!
mmmm.....bercakap pasal bercuti nie...lah penangannya seminggu balik kampung pokok2 takde yg menyiramnya.....hanya mengharapkan hujan yg tak kunjung datang maka tamatlah riwayat pokok kacang purple yg baru belajar berbuah hari tu......kesian2....kan...?







bagi pokok labu nie....pula bertambah subur & sedang berbunga harap2 ada hasilnya nanti Insyaallah......


 





cili besar nie...pun tengah rancak berbunga & berbuah ada yg dah masak sedia untuk di petik....


 
cili ceri nie....pun bertambah subur dengan buahnya sedang berputik....bila buahnya masak biasanya burung2 akan datang untuk menikmati rasa cili yg manis nie......












 pokok kari nie....pun subur & menghijau gitu.....walaupun hidup menumpang gitu......








ok semua.....sampai kita bertemu di n3 yg akan datang & sempena bulan syawal nie.....Yan menyusun sepuluh jari memohon ampun& maaf andai ada salah silap nya ye...!!!!!!

SELAMAT HARI RAYA.......untuk semua.....

Assalamualaikum........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...