SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Tuesday 30 April 2013

HASAD DAN DENGKI PUNCA KEJAHATAN MANUSIA

Assalamualaikum.........
 
salam sayang untuk semua kawan2.......
 
kawan2 n3 kali nie.....yan nak kongsi apa yang menjadi punca timbulnya hasad dengki dalam diri manusia amnya......haiwan mungkin tak akan memiliki sifat2 seperti ini......
Dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

[1]. PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN : Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang ditegur, dinasihat, disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

Dalam sejarah peradaban manusia, bangsa Yahudi terkenal sebagai bangsa yang suka mengadakan permusuhan & menjalankan kebencian. Semasa kerasulan Nabi Musa A.S, mereka banyak menyakiti & menyusahkan baginda. Kalau anda biasa mengamakan Ayat 5, cerita-cerita yang terkandung dalam Ayat 1, 2 &3 adalah cerita-cerita yang berkisar tentang mereka.

Dikisahkan, mereka enggan menurut arahan pemimpin mereka untuk berperang sesudah kewafatan Nabi Musa A.S . Kemudian mereka mempersenda-sendakan Tuhan dengan mengatakan  Allah itu miskin dan mereka itu kaya. Mereka juga sanggup membunuh para nabi yang enggan tunduk kepada saranan mereka. Bahkan yang mengepung Nabi Isa A.S itu juga adalah Kaum Yahudi.

Bahkan yang hasad dengki kepada Rasulullah S.A.W di Madinah adalah kaum Yahudi. Bukan setakat menyerang Madinah & bersekutu dengan orang-orang  Musyrikin menentang Rasulullah, mereka juga tergamak berpura-pura memeluk Islam (kaum munafik) untuk merobohkan kekuatan agama Islam.   
[2]. BERASA DIRI MULIA : Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.
Ini pun kembali kepada perangai kaum Yahudi. Mereka merasa diri mereka sebagai kaum terpilih dan disayangi Tuhan. Orang-orang lain semuanya bangsa hina-dina & bangsat. Ini pun kembali kepada Iblis juga. Dia merasa lebih mulia daripada Adam A.S, sehingga enggan sujud kepadanya.

Di akhir zaman, akan wujud pertempuran antara 2 kelompok yang berbeza sifatnya. Kumpulan yang berasa dirinya mulia melawan kumpulan yang tawaduk & ikhlas kepada Tuhan. Iblis bersengkongkol dengan Musa As-Samiri (dikatakan sebagai Dajjal Akhir Zaman) dan Yahudi melawan Nabi Isa A.S, Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman & orang-orang Islam yang mukmin.

Kesudahannya, hanya orang-orang yang disayangi Tuhan sahaja akan menang. Islam tetap akan menang, wahai Iblis, wahai Dajjal, wahai Yahudi. Noktah.   
[3]. TAKBUR : Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

Betapa takburnya Iblis sampai dia enggan sujud kepada Nabi Adam A.S atas perintah Allah S.W.T. Bahkan pernah dikatakan bahawa Iblis pernah insaf dan ingin bertaubat pada zaman Nabi Musa A.S. Lalu dia menyuruh Nabi Musa menanyai tuhan bagaimanakah jalannya.

Bila Tuhan menyuruh dia sujud kepada kubur Nabi Adam, dia pun enggan, tak mahu & menolak secara total. Benar-benar takbur makhluk yang bernama Iblis ini. Tak sedar diri. Membazir peluang & kesempatan. Memang benar dia seorang pembazir.
[4]. UJUB : Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.
 
Mereka yang ujub ini berada pada setiap zaman. Kalau dalam sejarah, sesetengah kaum menolak rasul yang datang kepada mereka dengan mempersenda-sendakan keturunannya, kebangsawanannya, darahnya, pangkatnya, darjatnya dan sebagainya.

Hang ni sapa? Anak sapa? Aku tak kenal hang ni? Keturunan hang yang mana satu? Begitulah lebih-kurang kata-kata penghinaan yang dilemparkan mereka. Mereka menolak kehadiran orang-orang yang tiada nama & gelaran dalam masyarakat. Hang baliklah. Tak payah nak berdakwah kepada kami.

[5]. TAKUT KEHILANGAN SESUATU (HABUAN) : Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

Ia banyak berlaku dalam banyak hal, tetapi yang banyak menjadi bahan sejarah ialah tentang perebutan wanita cantik. Dan jangan anda lupa, WANITA telah menjadi sebab pembunuhan pertama.dalam sejarah kehidupan manusia. Wanita cantik itu bernama IQLIMA
.
Kisah ini ada dalam Ayat 4 dalam wirid Ayat 5 yang masyhur itu. Kisahnya berkaitan dengan pembunuhan Habil oleh Qabil. Semuanya bermula bila Qabil melanggar peraturan Tuhan supaya menikahi pasangan kembar masing-masing.

Peraturan (syariah) pada masa itu mengkehendaki Qabil berkahwin dengan Labuda, adek kepada Habil. Habil pula mesti berkahwin dengan Iqlima, pasangan Qabil.

Qabil menolak kerana katanya, Labuda tak cantik & jelita seperti Iqlima.Dia kemudian memprotes. Lalu Tuhan memberi syarat supaya berkorban. Habil memberi yang terbaik untuk korban sedangkan Qabil sebaliknya.

Korban Habil diterima, maka dialah yang menjadi pemenang untuk menikahi Iqlima. Qabil tak puas hati. Lalu dia hasad dengki & menyimpan dendam untuk membunuh Habil. Inilah sejarah pembunuhan yang pertama di dalam Islam.
  
[6]. GHAIRAH MENJADI KETUA ATAU POPULAR : Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu, tentu akan bertambah-tambah hasad dengki.

Inilah yang berlaku kepada Abdullah bin Ubay, ketua munafik di Madinah. Dia sangat marah & benci kepada Rasulullah. Dikisahkan bahawa pada saat dia hampir dilantik sebagai pemimpin Madinah dalam satu majlis yang besar, tiba-tiba sampailah Rasululah semasa penghijrahannya. Berkumpullah semula Kaum Aus & Khazraj di sisi baginda.

Tenggelamlah popularity Abdullah bin Ubay. Dan mewangilah sinar harum Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin Islam di Madinah. Dalam diam-diam, dia berpura-pura memeluk Islam untuk meranapkan Rasulullah S.A.W. Tetapi Tuhan Maha Berkuasa. Islam tetap subur, gagah & perkasa. Bahkan Rasulullah berjaya menawan Kota Mekah di hadapan matanya.
  
[7]. BUSUK HATI : Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati. 

Ingatlah kepada salah satu wasiat Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S. “Wahai Musa, janganlah engkau iri hati terhadap apa yang telah Aku berikan kepada orang lain. Penghasut (orang yang dengki) itu adalah musuh nikmatKu, menolak kehendakKu dan membenci pembahagian yang telah Aku berikan kepada hamba-hambaKu. Sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka ia bukan dari hambaKu”

Ubat kepada Hasad dengki adalah doa berikut. Bacalah setiap masa supaya anda dapat merasa nikmat persaudaraan yang luhur dalam Islam. Anda menyayangi mereka & anda pun disayangi oleh mereka.



Selamat membaca & selamat mengamalkan. Mudah-mudahan anda mendapat maafaatnya, 

SAMPAI  JUMPA LAGI.........!!!!!!!!!

DA........DA............Assalamualaikum.....

Sunday 28 April 2013

HASIL SELEPAS SEBULAN SEMAIAN DAN CANTASAN






Assalamualaikum.......

Salam sejahtera dan sayang untuk semua kawan2 moga kalian semua berbahagia selalu hendaknya.....Alhamdulillah dengan izin dan rahmatnya dapat lagi kita bertemu di n3 kali nie....moga kawan2 semua belum jemu dengan cerita2 mengenai hobi terbaru yan nie....tengah bersemangat dan membara he heee........ok kawan2 nie.....semua gambar2 pokok yang yan semai dan usia mereka2 nie....dalam sebulan gituuuuu......yang atas sekali tu.....semua kenal kan...!!!!!!pokok pudina yan beli kat pasaraya daunnya yan guna batangnya yan semaikan......


  





yang ini pula....pokok cekur buat kerabu, salad dan ulam fuhhhhh memang bestttt.....sangatttttt.....


 





ini pula pokok kari....masa mula2 semai ya Allah punya lah kecil daunnya pun 3 tangkai je....!!!!!!sekarang dah ok lah tu kan....??????


 





pokok mullbery nie pula yang kat depan rumah pokoknya pun besar tapi baru pertama kali nie berbunga itu pun selepas di cantas dahannya yang merimbun tu....tiap2 tunas baru tu ada bunganya....Alhamdulillah.....


 



ok kawan2 semua....nanti kita tunggu hasil dari sayur2 dan buah mullbery nie ye..!!!!!!!

SAMPAI JUMPA LAGI.....!!!!!!!!!!!!!

DA.........DA............SEMUA....... 

Tuesday 23 April 2013

PETUA UNTUK KELIHATAN SEGAK DAN ANGUN BILA DI PANDANG






 

 Assalamualaikum.........

Salam sayang untuk semua..........

N3 kali nie.....yan nak kongsi tips2 menarik untuk di kongsi bersama.....kawan2 semua mesti nak kelihatan segak bergaya bagi lelaki dan cantik bagi wanita jom sama2 kita lihat tips2nya kat bawah......


Jika ditanya kepada  orang lelaki, mahukan dia kelihatan kacak, hensem dan segak? Jawapannya, sudah tentu!.
Jika ditanya kepada orang perempuan, mahukan dia kelihatan cantik, anggun dan menawan? Jawapannya, tentulah. ( Malu-malu gitu)
Semua orang,-  anda, mereka dan saya – punyai hasrat untuk memiliki muka, penampilan dan raut wajah yang menarik, mempesonakan dan sentiasa menawan. Baik dia lelaki mahupun perempuan. Sama ada muda atau berusia.
Mungkin, orang beranggapan – untuk kacak dan cantik kita perlu memiliki wajah yang tampan dan ayu  seperti selebriti-selebriti barat yang mancung hidungnya, putih melepak kulitnya dan bibir yang mengiurkan. Dan, mungkin juga terfikir perlu melakukan pembedahan kulit, pencerahan wajah dan pengubahsuaian anggota badan fizikal untuk kelihatan menarik di mata orang lain. Perlukah begitu?
Justeru, kali ini saya ingin kongsikan beberapa petua untuk mengekalkan awet muda yang mungkin jarang-jarang orang perasan dan tentu boleh jadikan ia sebagai amalan harian kita. Petua ini mungkin pernah dan biasa kita dengar, tetapi mungkin terlepas pandang atau gagal kita jelmakan dalam kehidupan seharian.
  1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.
  2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.
  3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.
  4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.
  5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. Terutamanya,  Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.
  6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin. “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokanlah akhlakku.”
Bagaimana? Mudah bukan. Tidak perlu belanjakan beribu-ribu ringgit untuk mencantikan wajah kita. Baik lelaki atau perempuan. Sesiapa sahaja boleh lakukannya setiap masa, setiap hari dan setiap waktu yang ada.
yan sarankan, kawan2 mulakan dengan petua yang pertama iaitu sentiasa berwudhuk. Di mana sahaja kita berada. Jika terbatal di mana pun kita berada, kita usahakan untuk menyempurnakan wudhuk semula agar kita kekal dalam keadaan suci, bersih dan tenang dengan air-air wudhuk.
Cuba lakukan selama 40 hari tanpa putus, dan yan benar-benar yakin kawan2 akan merasai suatu “kelainan” dalam kehidupan. Boleh?
Kita sama-sama usaha. Bila nak mula? Kita start hari ini juga. Jom praktikal petua ini. Harapnya selepas ini semuanya – hensem-hensem dan ayu-ayu belaka. Sejuk mata memandang gitu he heeee......

OK SEMUA.......!!!!!!!!!!SAMPAI JUMPA 

LAGI.......DA.....DA......

Sunday 21 April 2013

BILA SELALU DI BELAI DAN DI BAJA KINI BERBUNGA KEMBALI





Assalamualaikum.........

Salam sayang untuk semua kawan2 moga pagi isnin ini membawa kebahagian buat semua......kawan2 n3 kali nie....nak kongsi gambar2 bunga di sekitar rumah yang kebanyakkannya dah lama merajuk tak berbunga oleh kerana tak di baja dan di belai dengan sempurna.....tak hairan kan...!!!!bukan hanya haiwan dan manusia memerlukan belaian begitu juga dengan tumbuh2an juga memerlukannya kalau tak percaya cuba lah....hasilnya mari semua lihat kat bawah nie.......

 


bunga orkid nie....bertahun2 tak berbunga kini berbunga kembali......

 



yang nie....pun sama cantik kannnnn......

 



bunga cina yang harum semerbak nie pun turut berbunga...orang tua dulu2 bila buat bedak sejuk mesti letak bunga cina nie.....untuk kasi wangi....

 




siantan atau bunga jarum dan perbagai lagi nama di beri pun berbunga lebat....

 



begitu juga ros2 di pasu kecil tengah semangat berbunga he heeee......

 



yang nie....ros kampung cuma ada dua lapis kelopaknya tapi..... sangat wangi baunya.....







ini pula apa namanya ye.....kemunting cina ke...apa namanya tak berapa pasti sebab yang nie....tak tanam tumbuh sendiri je........!!!!!


OK..... LAH KAWAN SEMUA..........SAMPAI JUMPA LAGI...........

DA...........DA.............

Thursday 18 April 2013

Renungan di Hari Jum`at





SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga:

Keluarga, Hartanya, dan Amalnya.
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya;
Keluarga Dan Hartanya Akan Kembali
Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia,
Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yan g Telah Menumpuk Harta Kekayaan,
Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat,
Mengapa Kini Terkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih,
Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar,
Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahul unya Setia,
Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan
Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu
Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan
Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung...
Terdengar Dari Langit Suara Memekik

" Wahai Fulan Anak Si Fulan....
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat. "

Ketika Mayat Siap Dishalatkan ....
Terdengar Dari Langit SUara Memekik,

" Wahai Fulan Anak Si Fulan ...
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan,
Kelak Kau Lihat Hasilnya DI Akhirat,
Apabila Baik, Maka Kau Akan Melihatnya Baik,
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk. "

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat...
Terdengan Suara Memekik Dari langit,

" Wahai Fulan Anak Si Fulan....
Apa yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia,
Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini,

Wahai Fulan Anak Si Fulan ...
Dahulu Kau Tertawa,
Kini Dalam Perutku Kau Menangis,
Dahulu Kau Bergembira,
Kini Dalam Perutku kau Berduka,
Dahulu Kau Bertutur Kata,
Kini Dalam Perutku Kau Bungkan Seribu Bahasa. "

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....
Allah Berkata Kepadanya,

"Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri,
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat,
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri..
Padahal,
Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku, Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,

"Wahai Jiwa Yang Tenang,
Kembalilah Kepada Tuhanmu,
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya,
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku,
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga
bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa
mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang
lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha",
artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran
bagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin...
.

Tuesday 16 April 2013

ALHAMDULILLAH SEMUANYA NAMPAK BERHASIL





Assalamualaikum.........

Salam penuh kasih dan sayang untuk semua kawan2 walau tak pernah bersua kawan2 semua tetap di hati hari nie.....rabu pagi yang indah seindah senyuman terukir di bibir yan bila melihat hasil yang di tanam kini telah berbunga dan hidup dengar subur tak sia2 tangan nie....menyiram dan membaja dengan penuh kasih dan sayang akhirnya mengeluarkan hasil yang kedua iaitu berbunga....hasil pertama bila benih bercambah dan tumbuh segar dan tak lama lagi hasil yang ketiga akan keluar insyaallah.....dan seterusnya keempat memetik hasil dan memasaknya.....


 




pokok2 mulberry pun lepas di cantas dah berbunga itupun mulanya yan biar je pokok nie...membesar tanpa mencantasnya rupa2nya kena cantas baru mengeluarkan bunga......


 





pokok cili nie...pun subur hari2 siram dengan air basuhan beras dan ikan tengok tu....kawan2 tengah galak berbunga moga akan berbuah selebat bunganya juga he heeee......

 





kawan2 nampak kan....!!!!!yan zoom gambar nie dekat2 tu bunganya putih2 melati.....eh eh....silap pula....putih2 bunga cili tauuuu......


 



yang nie....pokok tomato tengah membesarlah nie....moga satu hari nanti akan berbunga seperti yang lain kat atas kan.....?

OK KAWAN......!!!!!!!!!SAMPAI JUMPA LAGI....

DA.......DAAAA............ 

Sunday 14 April 2013

SUBAHANALLAH...!!!!!!!!CANTIK NYA KAN.....??????

Assalamualaikum.........

Salam sayang untuk semua.........

kawan2 n3 kali nie.....tak de cerita2 yang menarik nak kongsi untuk semua jadi jom layannnn gambar2 rama2 yang cantik nie ye.....!!!!!!!!!gambar pinjam je he heeee......


  













Thursday 11 April 2013

KELEBIHAN HARI PENGHULU SEGALA HARI




Assalamualaikum.........

Salam jumaat untuk semua.........
n3 yan kali nie.......sama2 kita kongsi ilmu keistemewaan hari yang mulia dan penghulu segala hari ini....... 



Banyak yang mengatakan bahwa hari Jumaat merupakan hari istimewa bagi ummat Islam. Kerana di hari Jumaat tersebut banyak sekali peristiwa-peristiwa bersejarah apalagi tentang penciptaan alam ini. Sehingga kenapa, hari Jumaat begitu istimewa. Dan itulah sebabnya,mengapa setiap hari Jumaat setiap muslim di wajibkan untuk melaksanakan sholat Jumaat,salah satu point dari hikmahnya adalah untuk me-recharge kembali segala amal dan ibadah di hari tersebut.  Bahkan,Qur’an pun terdapat surat Al-jum’ah. Yang pada salah satu ayatnya terdapat perintah untuk melaksanakan Sholat Jumaat tersebut. Dan tak henti-hentinya di setiap khutbah yang di dengarkan,sang khatib selalu memberikan wasiat-wasiatnya yang sangat berharga. Apakah itu?Wasiat untuk selalu bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa,melaksanakan amal ma’ruf nahi munkar, agar predikat muttaqin dapat di raih. Untuk mendapatkannya pun memerlukan masa yang lama . Harus banyak menghadapi onak dan duri,kerana itulah hakikatnya menjadi seorang mukmin, ujian yang datang kepada kita merupakan sebuah proses demi masa depan yang memang kita tidak tahu bagaimana terjadinya. Akan tetapi,sejak saat inilah kita persiapakan semua dengan sebaik-baiknya persiapan.
Kesabaran dan Keikhlasan sangat berhubungan erat antar keduanya, oleh karena itu,marilah kita bangun sifat tersebut di hati kita agar hidup ini lebih merasa lapang dan nyaman. Saya teringat,nasihat sahabat saya di suatu hari…
“Kecintaanmu bukan untuk benda ataupun makhluk, tapi hanya untuk Allah SWT Jangan biarkan Allah ‘merasa’ kau tinggalkan gara-gara ketidak ikhlasanmu…”
Subhanallah,begitu mengena di hati ini walaupun kalimat itu sederhana akan tetapi makna nya sangat luar biasa. Semoga kita senantiasa meningkatkan amal ibadah kita di hari Jumaat dan Jumaat berikutnya,dan jadikan hari ini harus lebih baik dari hari kemarin seolah-olah di hari esok kita telah tiada.
 Keep Optimist!
wallahuwaliyuttaufiq…

SAMPAI JUMPA LAGI..............

                 DA........DAAAAA......... 

Tuesday 9 April 2013

10 CARA UNTUK MENJADI PASANGAN BAHAGIA

 kasih sayang
Assalamualaikum.............
Salam sejahtera buat semua.......
 Kali ini yan ingin kongsikan 10 cara antara perkara yang dilakukan oleh rasul kita dalam perhubungannya bersama pasangan. Moga boleh menjadi panduan dalam kita membina mahligai bahagia bersama isteri mahupun suami tercinta.

1) tidur satu selimut bersama isteri/suami.
2)memakai wangi-wangian.
3) mandi bersama isteri/suami.
4) menyikat rambut suami/isteri.
5) membantu isteri di dapur.
6) minum bergantian pada tempat yang sama.
7) membelai ister/suami.
8) tidur dipangkuan isteri /isteri.
9) memanggil dengan kata-kata mesra.
10) berjalan berpegangan tangan.

Perkara tersebut rasullullah lakukan terhadap isteri baginda. Tidak salah jika kita yang perempuan lakukan perkara yang sama terhadap suami kita bagi mengutuhkan kasih sayang. Ops, awas ya..tips ini hanya bagi pasangan halal yang telah bernikah sahaja.
OK SAMPAI JUMPA LAGI.............
DA.........DAAAA.........

Sunday 7 April 2013

SENARAI MAKANAN ANDA PERLU ELAK DALAM DIET




 

 Assalamualaikum..........

Salam sayang untuk semua.........
n3 kali nie...yan nak kongsi tips mengenai makanan yang perlu di elakkan ketika berdiet jom sama2 kita layannn......



Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza. Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap ke mulut mereka kerana ingin menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.
Ingin panduan tip diet ala gaya hidup di Malaysia? Dapatkan eBook “25 Tip Diet Untuk Kurangkan Lebih 25kg Setahun”
Terdapat lebih kurang 10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.
  1. 1. Soft Drinks / Minuman bergas
    Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.

    Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
  2. 2. Minuman Kedai Kopi
    Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.

    Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
  3. 3. Produk kaya tepung
    Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

  4. 4. Roti, kek, dll
    Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

    Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
  5. 5. Makanan / Minuman pek segera (instant)
    Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

    Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
    Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
  6. 6. Makanan dalam tin
    Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

  7. 7. Makanan bergoreng
    Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.

    Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
  8. 8. Makanan segera
    Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

  9. 9. Snek buah
    Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini. 


    OK KAWAN SEMUA........HARAP SEMUA FAHAM DENGAN TIPS MUDAH DARI KEVIN ZAHRI NIE YE........SAMPAI JUMPA LAGI........DA......DAAAA......

Tuesday 2 April 2013

JOM...... MAKAN BURGER BAKAR ABANG BURN




Assalamualaikum..........

Salam sayang untuk semua.......

kawan2 n3 kali nie....nak bercerita pasal burger bakar abang burn dah ada kat bukit tinggi klang....jadi tak payah susah2 lagi orang yang tinggal kat lembah kelang nak cari jauh2 nun.... kat kuala lumpur sana jom semua yan nak kongsi antara gambar2 yang yan ambil sewaktu berkunjung ke medan burger bakar abang burn hujung minggu lepas....jom...sama2 kita layannnn......






inilah rupanya burger bakar yang biasa untuk anak2 yan....yang nak sangat makan buger bakar nie......yang biasa nie...harganya RM 7.50 sen.yang kat bawah tu....RM 8.50 sen.

 



yang nie....untuk my hubby ada keju slice dan sayur2 je...lah ada yang lagi special tapi tak berani nak tempah takut tak habis di makan....yang nie...pun nasib baik muat2 untuk perut sampai malam pun tak makan memang kenyang betul....

 




nie pula gambar perkerja abang burn tengah bakar daging....kesian berasap2 sempat lagi senyum tu....he heee.....

 



sebenarnya ramai betul perkerja kat sini rasa2 ada kot 10 orang semua berpakaian seragam gitu.....

 




tu....dia...mai pakat2 tenguk daging nie...tengah dok bakaq tu.....baunya ya Allah semerbak harum aroma dagingnya tu.....

 




Aween tu sempat senyum bila nak ambil gambar tengah makan buger....siap tekan2 dulu bagi leper sikit kata dia tak muat nak masuk mulut he heee.....

 




nielah....rupanya si ikhwan bila makan buger habis comot2.....biasalah buger tu kan besar.....dua2 makan tak habis.....

 



nie...pula nombor meja my family duduk...bila pesan je...siap kena cakap nak meja nombor berapa...jadi masa yan pergi tu masih lengang lagi esbab baru buka iyanya di buka perang selepas asar sampai pukul 12 tengah malam setiap hari.

OK......SEMUA.....SAMPAI JUMPA LAGI........

DA........DAAAA.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...