SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Sunday 31 March 2013

SEMAIAN BENIH KACANG PURPLE DAH PUN TUMBUH





Assalamualaikum........

Salam sayang untuk semua......

Hari nie....hari isnin yang indah cerah dan ceria seceria mood yan hari nie...pagi2 lagi dah buat n3 untuk kongsi dengan kawan2 tentang keberhasilan yan menyemai benih kacang panjang purple yang yan ambil dari mak saudara yan di kampung baru2 nie......sukanya hati tengok benih yang di semai tumbuh subur menghijau gitu he heee.......







yang kat atas nie.....2 minggu selepas semaian....dan yang paling atas sekali 1 minggu selepas semaian.....suka2 bila tengok pokok2 nie....membesar di depan mata......


 





yang ini pula sudah sebulan usianya....moga tumbuh membesar subur dan mengeluarkan buah he heee....tak sabar rasanya kan.....??????


 




inilah rupa benih kacang panjang perple nie....sebenarnya panjang yang nie...lebihan yang di semai itulah bukan boleh tanam banyak2 pun takde tempat sikit2 pun jadilah....janji ada...kamu ada...he heeee......

SAMPAI JUMPA LAGI..........

DA......DAAAAA........

Tuesday 26 March 2013

AKTIVITI DI PETANG HARI





Assalamualaikum........

Salam sejahtera untuk semua........

kawan2 n3 kali nie....yan nak kongsi aktiviti anak2 yan apabila petang menjelang biasanya bila petang selepas asar je......si Ikhwan dan Aween keluar bagi ikan2 makan sebelum main itulah rutin harian diaorang berdua nie......jom sama kita lihat aksi2 spontan  bebudak berdua nie......


 




tengok tu....bila disuruh bergambar macam2 memek muka si Ikhwan buat masa nie...baru nak naik tangga nak bagi ikan2 kesayangan mereka berdua makan.


 





kat kolam nie...lah ikan2 peliharan si Ikhwan dan Aween hidup beranak pinak banyak juga ikan2 guppy membiak kat dalam nie.....


 




bila siap bagi ikan makan sempat berehat sebentar di atas kerusi malas  sambil2 tengok ikan makan.


 




si Aween tengah bagi ikan makan sempat lagi tengok kamera bila nak ambil gambarnya.


 





ini lah rupa ikan2 peliharaan mereka berdua nie.....banyak ikan2nya tapi malu agaknya tak nak keluar pula masa ambil gambar nie.....


 





ok kawan2 ini lah....rutin harian budak2 berdua nie....bila petang menjelang......


OK.........SAMPAI JUMPA LAGI DI LAIN 

N3.....DA......DAAAA.......

Sunday 24 March 2013

15 FAKTOR KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA









 



Assalamualaikum............

Salam sejahtera untuk kawan2 semua.....
 





15 Faktor Kebahagiaan Rumah Tangga


Sejak tahun 1970-an, golongan muda berpaut pada status bujang selama purata lima tahun lebih lama.  Hari ini, menurut Pusat Perangkaan Kesihatan Negara, usia purata bagi wanita untuk berkahwin ialah 28, manakala bagi lelaki, 29.
Keinginan mereka untuk menunggu sering berpunca daripada keperluan “untuk berasa pasti” dengan pilihan pasangan masing-masing.  Menunggu sehingga berasa pasti adalah amalan yang elok bagi suatu keputusan sepenting ini.  Sebagai seorang pakar psikologi yang bekerja dengan ratusan bujang dan pasangan suami isteri, saya sentiasa kagum dengan bilangan orang yang terjerumus ke alam perkahwinan kemudian hairan mengapa hubungan mereka bertambah pudar dan sengsara atau penuh dengan pertengkaran.  Tidak terlintas pun di fikiran mereka untuk membuat keputusan berkahwin secara objektif dan proaktif (sebelum perkahwinan).

Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang kita temui sudah bermasalah sejak hari pertama.  Mengapa?  Kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja.

Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting daripada apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda.  Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar-sabar melangsungkan perkahwinan sehinggakan mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik.  Jika anda ingin memastikan peluang terbaik untuk anda menikmati perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan faktor-faktor pemilihan pasangan yang berikut:

  1. Pasangan yang berkenalan selama dua tahun atau lebih mempunyai peluang yang nyata lebih baik untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.  Apabila suatu pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan segala-galanya, iaitu perkahwinan, selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, saya kira tentu keputusan mereka lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat.  Ia menunjukkan kepada saya bahawa usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan rumah tangga telah diringan-ringankan dengan ketara.  Malahan, kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan mereka berbanding pasangan yang berkenalan selama jangka masa yang lebih pendek.
  2. Orang sering memilih pasangan semata-mata untuk menggembirakan orang lain – ayah, ibu, atau orang yang menyuruh mereka berkahwin – tetapi adalah teramat penting agar orang yang akan berkahwin itu sendiri berasa gembira.  Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri.  Anda juga patut mendengar pendapat sahabat-handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan biarkan orang lain memilih pasangan hidup bagi anda.
  3. Harapan yang tidak wajar terhadap perkahwinan mungkin menjadi sebab utama bagi kebanyakan perceraian awal.  Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka akan kekal abadi.  Sebenarnya, rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.  Saya telah melihat banyak rumah tangga yang runtuh kerana pasangan mengharapkan kehidupan yang dipenuhi oleh suasana aman tenteram, waktu berdua-duaan di pantai, nikmat cinta berahi dan keseronokan yang tidak henti-henti.  Kesemua ini bukan hakikat sebenar.
  4. Masalah keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin.  Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan – seperti perasaan cemburu, sifat panas baran, sikap tidak bertanggungjawab, sikap tidak jujur dan kedegilan – tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini.  Nyata sekali, jika pasangan yang sedang dipertimbangkan pernah menghadapi masalah penagihan dadah atau kaki botol ataupun masalah keutuhan seksual, anda sepatutnya memastikan sepenuhnya bahawa dia telah menyelesaikan masalah tersebut jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.
  5. Anda perlu mempunyai banyak “pengalaman hidup” bersama teman lelaki / wanita anda.  Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun-tahun akan datang.  Pasangan hendaklah bersama-sama melalui pelbagai keadaan dan situasi yang diperlukan untuk benar-benar mengenali seseorang.  Habiskan masa bersama pasangan anda pada awal pagi dan lewat malam; melalui lalu lintas yang sesak dan melalui jalan desa; semasa waktu-waktu kesusahan dan kesenangan.  Kerap kali, mereka akan menunjukkan belang.
  6. Bayangan orang yang ingin anda kahwini berpengaruh besar ke atas pilihan anda kelak.  Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda.  Oleh itu, adalah teramat penting untuk membayangkan dengan jelas dan nyata, sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini.  Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang berbagai faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya.  Pemikiran bawah sedar anda boleh  menghantui sesuatu hubungan.  Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak, anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.
  7. Adalah teramat penting untuk mencari pasangan hidup yang bersifat seakan-akan diri anda sendiri.  Untuk pasangan, persamaan sifat adalah umpama wang simpanan dalam bank, manakala perbezaan sifat adalah umpama hutang.  Jika anda hendak mendirikan rumah tangga yang bahagia bersama pasangan yang amat berlainan sifatnya daripada anda, anda memerlukan banyak persamaan untuk dijadikan ekuiti tetap dalam akaun anda.  Jika tidak, hubungan anda akan muflis pada peringkat awal. 
  8. Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, kemungkinan anda berdua akan kecewa.  Adakah anda berazam hendak mendaki tangga korporat manakala pasangan anda berpuas hati setakat bekerja, menerima gaji dan menikmati masa lapangnya?  Adakah anda berpuas hati dengan keadaan hidup anda sekarang manakala pasangan anda sentiasa meluru ke hadapan dalam mengejar sesuatu matlamat?  Dunia ini memerlukan orang yang bercita-cita tinggi seperti mana ia juga memerlukan orang yang berpuas hati dan bersenang-lenang.  Masalah timbul apabila lelaki dan wanita dari hujung spektrum yang berlawanan menjalinkan perhubungan.  Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.
  9. Kebolehan dua orang untuk saling berhubung adalah penting demi kebahagiaan rumah tangga mereka.  Kesejahteraan sesebuah perkahwinan bergantung pada tahap perhubungan suami isteri.  Adalah mustahil untuk membayangkan sebuah rumah tangga yang bahagia tanpa dua orang yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran pertuturan dan pendengaran.
  10. Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin.  Jika sebuah pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mereka mungkin runtuh sama sekali.  Pada pendapat saya, lebih banyak rumah tangga yang runtuh kerana suami isteri tidak tahu bagaimana hendak menangani perbezaan diri mereka berbanding mana-mana sebab lain.  Kerana inilah menjadi amat penting supaya anda dan pasangan anda menilai kemahiran pendamaian masing-masing sebelum berkahwin.
  11. Pasangan hendaklah teguh dalam perkongsian kepercayaan agama dan rohani.  Apabila kedua-dua orang peka dari segi kerohanian dan hidup mereka tertumpu pada kepercayaan yang sama, mereka mempunyai asas pembinaan yang kukuh bagi hubungan mereka.  Pasangan yang bersama-sama mewujudkan asas kerohanian bagi hidup mereka akan tercantum dan tergabung rapat.  Dengan saling mengakui kepercayaan yang paling suci dan paling bermakna kepada setiap pasangan, kedua-duanya mewujudkan titik penghubung yang paling penting sekali.
  12. Cinta berahi biasanya pudar dengan ketara dalam jangka masa enam hingga lapan bulan.  Keberahian wujud antara dua orang agar mereka saling menumpukan perhatian untuk cukup lama bagi memutuskan sama ada mereka sepatutnya bersama sepanjang hayat.  Tarikan hebat yang beransur kurang adalah biasa dan semula jadi.  Pada ketika inilah cinta bersimpati menjadi sungguh penting.  Cinta bersimpati disifatkan oleh daya ikatan teguh yang berasaskan kasih sayang, kegembiraan semasa bersama-sama, sokongan antara satu sama lain, dan persahabatan akrab.  Cinta begini, yang jauh lebih mendalam dan berkembang dengan lebih perlahan berbanding keghairahan hangat membara yang menyifatkan percintaan awal, adalah ramuan yang mujarab bagi hubungan jangka panjang.  Malangnya, oleh kerana ini mengambil masa untuk dipupuk, sesetengah pasangan menjadi tidak sabar dan putus harapan terhadap perhubungan mereka.
  13. Sikap mempercayai dan boleh dipercayai adalah penting bagi rumah tangga yang bahagia.  Sikap mempercayai membolehkan sesuatu pasangan itu bertambah rapat pada waktu-waktu bahagia dan kekal teguh pada waktu-waktu mencabar.  Apabila menghadapi kesukaran, pasangan itu tidak akan cemas.  Mereka berpaut pada kenyataan bahawa rumah tangga mereka dulunya bahagia dan akan kembali bahagia.
  14. Jika anda ingin memahami sifat psikologi pasangan anda, dalami perhubungan kekeluargaannya.  Kita semua sangat dipengaruhi oleh ibu bapa kita, dan banyak daripada corak dan cara berhubung yang kita telah belajar daripada keluarga kita sendiri terbawa-bawa ke dalam perkahwinan kita.  Saya menyedari bahawa tiada perhubungan ibu bapa dan anak yang sempurna, tetapi kerap kali, anda boleh memperolehi pemahaman yang amat diperlukan dengan memerhatikan cara pasangan anda berhubung dengan ibu bapanya.  Adakah dia berbincang mengenai masalahnya atau enggan menghadapinya?  Adakah dia berhubung secara terus terang atau dengan mempengaruhi dan mendesak?
  15. Pasangan yang saling mencintai berkongsi impian dan rancangan untuk mencapainya.  Rumah tangga yang paling bahagia melibatkan dua orang yang mempunyai bayangan yang jelas mengenai kehidupan yang mereka harapkan bersama.  Saya dapati pasangan seumpama ini benar-benar gemar bermimpi bersama-sama sambil merancang cara untuk menjadikan impian mereka itu suatu kenyataan.  Di tengah-tengah impian dan rancangan ini terletaknya tema yang berulang-ulang: “Aku mahukan masa depan yang bahagia bagimu.  Jika ia tidak bahagia bagimu, mustahil ia bahagia bagi kita.”  Perkahwinan menyediakan suatu kehidupan di mana kita boleh mengalami kegembiraan dan kepuasan – atau kesedihan dan kekecewaan – yang tidak terhingga.

    SAMPAI JUMPA LAGI.....!!!!!!DA....DAA... 

Thursday 21 March 2013

HASIL DARI KEBUN KECIL




Assalamualaikum.........

Salam pagi jumaat untuk semua.......

Apa khabar kawan2 semua....harap semuanya sihat sejahtera selalu ye.....!!!!!kawan2 n3 kali nie....nak tunjuk kat semua kawan yan pun ada kebun2 sayur seperti ummu Aidan yang kat fiji tu.....yan memang tertarik betul dengan usahanya gigih bercucuk tanam rajin sungguh kan....!!!!bila selalu menjengah ke blog ummu mula timbul rasa ingin mencuba bercucuk tanam pula he heee.......tapi....tak lah seperti ummu hanya di dalam pasu dan bekas2 biasa je...!!!!!segan pula nak tunjuk he heee......





pokok cili ceri




berkat usaha yang tak sekeras mana ini membuahkan hasil juga walaupun tak seberapa lepas lah untuk diri sendiri he heee.......pokok cili ceri nie....tak pedas rasanya manis boleh makan macam tu je.....kalau masak cepat2 kena ambil kalau tak takde rezeki burung suka sangat dengan cili ceri nie.......


 

pokok nenas yenki


nenas yenki nie.....sedap tau..!!!!manis sangat rasanya dah berbulan2 dah nie.....tapi belum mengeluarkan hasilnya....sabar2 je lah he heee.....






pokok pudina


yang nie....baru je....di semai semula yang lama dah kepupusan pokok pudina nie....senang hidup taruk baja sekejab je....membesar sebab tak da haiwan yang kacau daunnya....
 

 

pokok ginseng


pokok nie....selalunya yan buat ulaman biasanya orang buat pokok hiasan tapi orang2 cina buat ulam sedap dan ranggup gitu.....
 




pokok mulberry malaysia


banyak yan tanam mulberry nie....tapi belum berbuah lagi....sekarang nie...makan pucuknya je buat ulam....dah jadi macam ulat sutera dah he heee......

 

pokok asin2/pokok pucuk manis


yang nie...pun dah lama yan tanam memang banyak berjasa bila takde sayur kat peti ais nie lah jadi mangsanya....sedap buat masak lemak dan sayur tumis....yang nie...yan tanam 3 pasu semuanya subur2 yan siram air basuhan beras dan ikan sebagai bajanya.

 




OK LAH KAWAN2.......SAMPAI DISINI SAJA

DULU.........NANTI JUMPA LAGI.....DENGAN 

POKOK2 YANG BARU MASIH DI SEMAI.....

OK......DA......DAAAA......

Wednesday 20 March 2013

MALANG TAK BERBAU TAPI.....BERTANGGUNG JAWABLAH SIKIT....!!!!!!!!





Assalamualaikum.......

Salam sayang untuk semua......

n3 kali nie.....yan nak luahkan perasaan marah yang terbuku di hati bila melihat cinta hati yan nie...balik dari sekolah dengan keadaan yang sedih menggigit jari walaupun tak menangis tapi yan dapat rasakan kesakitan pada wajah dan kelakuannya.....bila di tanya rupanya jatuh dari motor bila tercari2 kot2 ada luka....ikhwan cakap dia sakit kat kepala bila selak je....rambut dia....masyaallah terkejut yan bila nampak benjolan besar kat dahi dia....cepat2 panaskan strika ambil tuala tuamkan untuk mengecutkan benjolan tu tapi tak berhasil yan sapukan minyak gamat pula....

 



sebenarnya bertapa sakitnya hati yan.....bila orang yang menghantar ikhwan balik tu.....punya tidak rasa bertanggung jawab....hantar terus balik tanpa singgah dan beritahu apa yang terjadi.....kalau benda nie...terjadi kat anak kawan2 semua bagaimana rasanya....sedih dan sakit hati sangat lebih sakit lagi bila tengok si ikhwan yang terpaksa tanggung semua nie.....








kawan2 selama nie...ikwan balik dari sekolah dengan cikgunya naik kereta....yan rasa ikhwan balik dengan motor nie....baru beberapa kali je....tapi dah dua kali jatuh motor yang pertama hanya sakit2 kaki2 dan seluar koyak kat lutut....tapi orang yang membawa dia tu...singgah bagi tahu keadaan yang terjadi.....cuma yang seorang nie...je...langsung tak jumpa apatah lagi cakap sampai hari nie....!!!!!kawan2 rasa bertanggung jawab kah dia nie....??????







oklah.....kawan2 rasa lega sikit hati yang terbuku nie...bila dah luahkan kat sini......sampai jumpa lagi...........

DA.........DAAAA........

Thursday 14 March 2013

10 FENOMENA KEAJAIBAN ALAM YANG MEMBEKU

Assalamualaikum........

salam sejahtera untuk semua.......

kawan2 n3 kali nie....jom sama2 kita lihat gambar fenomena keajaiban alam yang membeku.....kuasa Allah maha  pencipta segalanya.....jom sama2 layan gambar di bawah yeeee....!!!!!!!!
 
1. Air Terjun Beku

Proses dari air terjun untuk menjadi beku, harus melewati tahap demi tahap.
  oleh kerana arus air yang terus mengalir menjadikannya memerlukan waktu lama untuk membeku.



Air Terjun Beku



2. Gua ais


Gua ais adalah jenis gua alam yang mengandung ais dalam jumlah besar. Setidaknya sebahagian dari gua harus memiliki suhu dibawah 0° C sepanjang tahun.

Gua Es


3. Cakram ais


Sebuah fenomena langka yang hanya boleh dilihat di negara yang sangat dingin. Para ilmuwan umumnya menganggap bahwa bongkah ais terbentuk ketika permukaan ais mengumpul di tengah pusat air bukannya tepian.

Cakram Es


4. Paku ais


Paku ais yang menakjubkan ini umumnya dikenal sebagai Penitentes. Chile adalah tempat bagi daerah pegunungan kasar dari Andes, cuaca yang ekstrim pada ketinggian yang berbeza-beza membuat beberapa formasi ais yang menakjubkan.

Paku Es


5. Ambalan ais


Merupakan ais yang mengambil segala macam bentuk asimetris dan geometris yang menarik. Adalah pulau Ellesmere yang terkenal akan ambalan ais-nya. Tapi sayangnya hal itu berkurang dengan cepat dalam menghadapi pemanasan global. Dan para ilmuwan risau bahwa fenomena khusus ini mungkin akan hilang selamanya.

Ambalan Es


6. Bunga ais


Bunga ais terbentuk pada lapisan baru, yang tergantung pada keadaan cuaca beku dan disebabkan oleh permukaan tanah yang belum ikut membeku.



Bunga Es


7. Gunung ais Bergaris


Gunung ais dibentuk oleh lapisan salji yang berbagai jenis yang berbeza. Garis-garis itu biasanya terbuat ketika celah dalam lapisan ais mengisi bersama air lelehan dan membeku dengan cepat.



Gunung Es Bergaris


8. Gletser


Gletser hanyalah akumulasi salji yang dikemas padat menjadi ais selama ribuan bahkan jutaan tahun. Gletser memiliki fungsi penting sebagai regulator ekosistem dan pemasok air, mereka adalah sumber utama air tawar terbesar di bumi. Dan pemanasan planet ini telah menyebabkan penyusutan gletser besar di seluruh dunia dalam beberapa dekad terakhir.



Gletser



9. Serpih Salju


Serpih salju adalah kumpulan kristal ais beku yang jatuh melalui atmosfer bumi. Mereka mulai menjadi kristal salji yang berkembang, ketika menitis awan mikroskopis super-dingin menjadi beku.



Serpih Salju


10. Ombak Yang Membekukah?


Meskipun nampak seperti itu, tapi bukanlah sebuah ombak. Melainkan ais yang tercipta dari pergerakan glasial yang terbentuk dan terlihat seperti ombak.




Ombak Yang Membekukah?





OK......SEMUA DAH LIHAT BERTAPA 
CANTIKNYA CIPTAAN ALLAH YANG MEMPERSONAKAN INI.........


SAMPAI JUMPA LAGI.............

DA.........DAAAA.......





Wednesday 13 March 2013

4 SYARAT DALAM MENUTUP AURAT (WANITA)

  Assalamualaikum.......

Salam sayang untuk semua........

di n3 kali nie.....yan nak kongsi syarat2 menutup aurat wanita ramai dikalangan kita menutup aurat tapi tak menurut syariat islam contohnya.....berbaju ketat dan bertudung pendek....ok kawan2 jom sama kita belajar cara menutup aurat yang betul.......

4 SYARAT DALAM MENUTUP AURAT(WANITA)






-Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PERCIKAN API NERAKA.

-Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.


-Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. ...


->Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki, Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami. 


OK......KAWAN2 HARAP SEMUANYA FAHAM BAGAI MANA CARA2 MENUTUP AURAT YANG MENGIKUT SYARIAT.....

SAMPAI JUMPA LAGI..........DA......DAAA........ 

Tuesday 12 March 2013

KHASIAT BAWANG PUTIH

 

Assalamualaikum........

salam sayang untuk semua.......

kawan2 n3 kali nie.......kita berkongsi khasiat bawang putih yang selama ini menjadi makanan harian kita adakah kawan2 semua tahu terdapat banyak khasiat dalam bawang putih yang kita makan tu.....antaranya ialah......

Khasiat Bawang Putih

 

1. Mengurangkan risiko strok Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2.
Mengurangkan risiko kanser Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3.
Anti bakteria dan antivirus Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4.
Antiinflamasi Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5.
Mengandungi banyak iodin Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6.
Membantu sistem pencernaan Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7.
Meningkatkan sistem imunisasi Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8.
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
 
OK SETAKAT INI SAHAJA INFO YANG YAN PEROLEHI DAN KONGSI UNTUK KAWAN2 SEMUA......MOGA IYANYA BERMANFAAT UNTUK SEMUA........
SAMPAI JUMPA LAGI............
 
DA.......DAAAA..........

Monday 11 March 2013

10 RUMAH YANG PELIK DAN KREATIF

Assalamualaikum........
Salam sayang untuk semua........
kawan2 n3 kali nie......yan nak kongsi gambar2 rumah yang kelihatan pelik tapi pembuatnya sangat2 kreatif bila dapat menghasilkan rumah2 yang pelik begini kan.....???????   
jom sama2 kita lihat rumah-rumah yang pelik dan kreatif ini :



Rumah berbentuk UFO



Rumah Berbentuk Teko



Rumah Boeing 727




Rumah Berbentuk Toilet



Rumah Berbentuk Kerang



Rumah Sepatu



Rumah Terbalik



Rumah Kubus



Rumah Eliphante



Rumah Gelembung



OK KAWAN2 DAH LIHATKAN RUMAH2 YANG PELIK2 TAPI NAMPAK MENARIK KAN......?                                                      

OK......SAMPAI JUMPA LAGI............. DA.....DA.......
 

Thursday 7 March 2013

25 TIPS KURUSKAN BADAN BERSAMA KEVIN ZAHRI


Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.
Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.
  7. OK KAWAN2 HARAP SEMUA MEMAHAMI DAN KEPADA YANG INGIN KURUS BOLEHLAH AMALKAN TIPS NIE......SAMPAI JUMPA LAGI............                                      DA........DAAA.....

Wednesday 6 March 2013

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK

Assalamualaikum.........

Salam sayang untuk semua.........

Pernahkah kawan2 terfikir betapa kuatnya otak kita bekerja. Sedang jari-jemari menaip di keyboard untuk n3 ini pun yan masih terpikir berapa agaknya speed otak kita.
Otak adalah antara organ utama dalam tubuh kita. Fungsi otak bukan sahaja untuk berfikir tetapi menggerakkan anggota badan lain sama ada separa sedar ataupun tidak. Dengan kata lain, 100% fungsi tubuh bergantung kepada otak.

Oleh yang demikian, semestinya sebarang perbuatan atau perkara yang boleh merosakkan otak perlulah dijauhi dan ditinggalkan. Apakah perkara itu? Jom lihat dibawah.






So...... bagaimana...!!!!!! Mari kita sama-sama jauhi untuk kesihatan otak kita.

OK.....!!!!!SAMPAI JUMPA LAGI........!!!!!!!

                            DA.....DAAAA..........

Tuesday 5 March 2013

10 JENIS BUNGA TERCANTIK DI DUNIA


Assalamualaikum.........
salam sayang untuk semua.......
n3 kali nie.....yan nak bawa kawan2 semua melawat taman bunga disitu terdapat 10 jenis bunga tercantik di dunia.......jom sama2 kita layannnn......


Bunga-bunga yang indah boleh menhilangkan mood yang keluh kesah dan sedih ...ia membawa senyuman diwajahmu. Keindahan bunga-bungaan seperti ros mewakili perasaan, seperti merah untuk cinta, kuning untuk persahabatan, hitam untuk kematian dan kemarahan dan berbagai warna untuk berbagai emosi.

Oleh itu ..mari kita saksikan bersama 10 jenis bunga tercantik didunia!



10. Cherry Blossom



Bunga yang indah ini berasal dari Jepun adalah bunga yang sungguh cantik tiba pada musim sejuk, terdapat dua warna merah jambu dan putih, amat cantik bila bunga2an ini semakin cantik bila dibawah sinaran cahaya matahari warnanya semakin menyerlah!

9. Canna


Bunga ini amat cantik pada bunga dan daiun yang lebar, ia juga dipanggil canna lily kerana ia tergolong spesis bunga lili...kat rumah nenek dulu2 banyak tanam bunga ni, sy selalu petik buat main pondok2, pastu kena marah..huhu

8. Bird of Paradise

 
Bunga ini kelihatan seperti seekor burung kerana bentuk dan warna dan hanya terdapat di Selatan Afrika serta spesisnya banyak kita lihat disemak2 dekat Malaysia juga, tapi agak berlainan warna.

7. Hydrangea

Bunga ini seeprti gumpalan salji kerana ia berwarna kebiruan air, ia mempunyai kelopak yang amat cantik sepeti bintang. Ramai yang meminati bunga ini pada majlis perkahwinan dan ia mewakili emosi dan perasaan yang amat suci..ahhhh syahdu je..

6. Calla Lily

perhatikan bunga ini terdapat ciri anggun dan elegan..tetapi disebalik itu ia beracun kerana tergolong jenis bunga yang beracun, ia amat bertoksik tinggi..maka hati2 ya, jangan dicium terlalu lama takut ada yang kejung terus ...

5. Bleeding Heart


These are also the gift of spring and are in different shades of red, pink and white. The way they are on the plant they feel like hearts hanging in a row.
4. Blue Bells

They resemble solitude and regret and are often found in woods. Covered in a blue dense layer, these trees look like heaven trees.
3. Lantana

They are in different live colors and grow in bush, as the time passes the bushes grow large and the color is so exotic yellow and pink, but as the plant grows the color of petals change.
2. Rose

Bunga ros adalah bunga yang paling cantik dan harum semerbak dalam dunia, seperti yg saya katakan tadi setiap bunga ros memberi maksud tertentu...sy ada tanam ros kampung kat rumah..amat harum dan semakin menjalar2 diruang balkoni..amat payah untuk dijaga tapi memang cantik..

1.Dendrobium

Bunga yang kecil ini sungguh cantik dan indah yang pastinya membuat anda jatuh cinta pada pandangan pertama..ia terbentuk diatas pokok dan tumbuh liar didalam hutan amat indah dari sudut manapun ia dilihat. ia seolah mewakili perasaan suci peminatnya...seperti yan...



*The 15 Most Beautiful Flowers In The World



  • CannaCannas not only feature pretty blossoms, but also beautiful leaves (often likened to that of the banana plant) that come in a variety of stunning colors. Popularized in Victorian times, Cannas are popular garden plants.

  • Cherry BlossomThe unofficial flower of Japan, the spectacular display of blossoms that arrive in the spring are celebrated by festivals both in Japan and the U.S. The most popular colors are white and pink. They are beautiful while on the trees and remain a stunning sight even after carpeting the ground.

  • Colorado ColumbineGrowing high in the Rocky Mountains, the Colorado Columbine is a welcome reward for the enterprising climbers of Colorado's 14,000-foot high mountains. Picking one in the wild carries a fine ($5-$50 depending on the Ranger who catches you)!
  • HydrangeaMagical snowball puffs in fall: gorgeous. The clusters of star-shaped blossoms, often found in delicate pastel hues, embody innocence. They are popular in wedding bouquets and as garden flowers.
  • Lily of the ValleyA delicate and fragrant sign of spring, the Lily of the Valley has inspired a number of legends. One such Christian legend explains that the tears that Mary shed at the cross turned to Lilies of the Valley, prompting the flower to sometimes be referred to as "Our Lady's Tears." Another legend tells of Lilies of the Valley springing from the blood of St. George during his battle with the dragon.
  • Calla LilyWhile visually stunning and elegant, this beautiful flower is actually a member the poisonous species, Zantedeschia. All parts of the plant are highly toxic, with the capability to kill livestock and children if ingested.
  • Black Eyed SusanThe black eyed susan, a cheerful wildflower, is a perennial that serves as a beautiful back drop in any garden. The contrast of the bright gold yellow petals and dark middle makes it any easy one to spot and recognize. This official drink of the Preakness stakes horse race is named after this flower, consisting of 2 parts Bourbon whiskey, 1 part citrus vodka, 3 parts sweet & sour mix, one part orange juice and garnished with orange and a cocktail cherry.
  • Bleeding HeartThese whimsical, almost fairy-like blossoms are a traditional favorite in shady gardens. The flowers are either red, pink or white and appear in April-June.
  • Blue BellsIn spring, many European woods are covered by dense carpets of this flower; these are commonly referred to as "bluebell woods". It is thought that they were named by the romantic poets of the 19th century, who felt they symbolized solitude and regret.
  • LantanaThese delicate flowers, with their pink and yellow petals, are butterfly magnets. The bush can grow to be quite large and the color of the petals change as the plant ages. Beware - Lantana is considered a weed by many that is quite difficult to get rid of.
  • RoseRoses are one of the most romantic and wonderfully scented of flowers. The giving of roses is steeped in tradition and cultural meaning, from the yellow rose of friendship to the deep red rose of true love.
  • Oriental PoppyThis perennial poppy has a delicate and striking color. After flowering in the spring, their foliage dies back entirely, only to grow new leaves once again with the autumn rains. The Oriental Poppy is the flower of The Wizard of Oz.
  • Mussaenda erythrophylla (Ashanti Blood, Red Flag Bush, Tropical Dogwood)These plants are native to the Old World tropics, from West Africa through the Indian sub-continent, Southeast Asia and into southern China. The beautiful red and yellow petals are a real showstopper. A favorite of not only of gardeners, but also butterflies, bees and hummingbirds.
  • BegoniaThe first Begonia was introduced into England in 1777. Now one of the most popular flowers grown in the United States, Begonias are prized for their flowers as well as their leaves. This versatile plant can be grown either inside or out.
  • IxoraIxora flowers, also commonly called West Indian Jasmine, are often used in Hindu worship, as well as in Indian folk medicine. This plant has traditionally been associated with enhanced sexuality and the re-kindling of passion. Who wouldn't want that as a gift!
  • DendrobiumDendrobium is a large genus of tropical orchids that include over a thousand species. The sprays of flowers are so delicate and yet so perfectly formed, they appear magical.


apa macam kawan2 nampak cantik kan.....?

OK SEMUA SAMPAI JUMPA LAGI................

DA.........DAAA..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...