SALAM KENAL....DARI PERMATA HATI MAMA TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA......DAN BERBANYAK2TERIMA KASIH JUGA UNTUK YANG SUDI FOLLOW YAN.....DAN YAN BERHARAP SANGAT.....TOLONG TINGGALKAN LINK ANDA SUPAYA SENANG YAN NAK JEJAK KEMBALI.........

TERIMA KASIH DAUN KELADI.......
KALAU SUDI SINGGAH DAN FOLLOW SEKALI.......


kawan alam maya

Tuesday 29 January 2013

10 CIRI2 ISTERI SOLEHAH













Assalamualaikum......

selamat pagi untuk semua kawan2......

kawan2 semalam yan ada buat n3 mengenai ciri2 suami yang soleh kan.....jadi n3 kali nie....kenalah...bagitahu ciri2 isteri yang solehah pula kan.....baru seimbang....kan ada yang kata suami je perlu soleh isterinya tak payah ke....jadi solehah sebenarnya dua2 perlu untuk bahagia dunia dan akhirat......

JOM SAMA2 KITA LIHAT PULA CIRI2 ISTERI YANG SOLEHAH.........
sama2 kita suluh diri kita adakah kita tergolong dalam senarai di bawah ini......



1.Taat kepada suami adalah satu tuntutan mutlak berdasarkan hukum Allah dan ajaran Rasulullah s.a.w.
2.Jujur pada suami – sifat ini dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
3.Isteri yang mampu melahirkan anak – Rasulullah s.a.w. telah menyarankan agar sekelian umatnya berkahwin dengan wanita yang baik-baik, yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan yang masih dara supaya boleh melahirkan anak dan darinya pula akan beroleh bilangan anak yang banyak.
4.Sedia melayani kehendak batiniah suami.
5.Sedia melayani kehendak zahiriah suami – dengan menjaga makan minum, pakaian yang sentiasa bersih, persekitaran rumah yang sentiasa teratur dan tersusun dan seumpamanya.
6.Pemegang amanah – harta benda suami, menjaga nama baik dan maruah suami, keselamatan diri dan akhlaknya serta anak-anak semasa ketiadaan suami.
7.Rela berkorban untuk suami serta ridha kepadanya berdasarkan keridhaan kepada Allah dan RasulNya.
8.Sentiasa mengembirakan hati suami serta cuba melenyapkan segala kesedihan dan kegelisahan hati suami.
9.Wanita yang memiliki sifat pengasih dan penyayang serta mempunyai ciri-ciri keibuan yang sejati.
10.Melahirkan anak perempuan yang solehah yang sentiasa patuh dan taat pada kedua ibu bapanya.


ok kawan sebelum berundur diri......jom sama2 kita perbetulkan apa yang masih terkurang....moga kita dapat menjadi isteri yang di idamkan para2 suami agar kita tergolong sebagai isteri yang solehah.....dan balasan yang setimpal menunggu di syurga Allah.....

OK....KAWAN SEMUA.....SAMPAI JUMPA LAGI.....DA...

 

Monday 28 January 2013

18 CIRI2 SUAMI YANG SOLEH


Assalamualaikum......salam sejahtera untuk semua....

di n3 kali nie......mari sama2 kita lihat adakah para suami2 kat luar sana ada yang memiliki ciri2 di bawah ini........jom layannnn............

18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan
    juga terhadap Allah S.W.T. 

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.


moga semua suami mempunyai sifat2 seperti ini.....walau pun tak memiliki semua sifat2 yang tertera di atas....hanya separuh pun sudah memadai untuk para2 isteri mensyukuri di atas nikmat yang diberi........jalanilah rumah tangga mengikut syariat islam nescaya hidup akan di berkati Allah bahagia dunia dan akhirat...............

SAMPAI JUMPA LAGI.............DAAAAA........

Sunday 27 January 2013

CIRI2 WANITA IDAMAN LELAKI


Assalamualaikum.......
Salam sejahtera untuk kawan2 semua..........


n3 kali nie......yan nak kongsi tips untuk wanita2 yang masih belum berpunya......adakah anda semua tahu....ciri2 wanita bagai mana paling dapat menambat hati lelaki......di sini yan......sertakan 18 tips bagai mana lelaki akan tertarik jika wanita mempunyai sifat2 berikut..........


1. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.


2. Keanak-anakan

Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.



3. Cantik

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.



4. Berakhlak Mulia

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.



5. Berpegang pada agama

“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”



6. Dari keturunan yang baik-baik.

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.



7. Bijaksana

Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk

pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.



8. Tidak mempamerkan keseksian

“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.

(Hadis Riwayat Muslim)



9. Tidak Cerewet

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.



10. Memahami lelaki

Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.



11. Tidak terlampau cemburu

“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



12. Sejuk mata memandang.

Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.



13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.



14. Canggih

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.



15. Mempunyai persamaan yang bermakna

Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.



16. Pemaaf

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.



17. Seimbang

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.



18. Berkeyakinan diri



19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.

Maksud ‘body language di sini adalah cara percakapan, kawalan diri di hadapan orang ramai 



ok ye......semua di harap dengan tips2 nie semua.....dapat membantu anda semua......

SAMPAI JUMPA LAGI.........DA.......DAAAAA... 

Thursday 24 January 2013

GAMBAR MASJID2 TERINDAH DI DUNIA







Assalamualaikum......

salam sayang untuk semua......

ok....n3 kali nie....yan nak kongsi beberapa gambar masjid tercantik di dunia......
Sebagaimana telah diketahui, masjid adalah tempat suci bagi umat muslim.

Selain menjadi tempat beribadah, masjid dapat juga menggambarkan kebudayaan umat Islam dan menjadi bangunan dengan senibinanya yang indah, seperti yang akan anda lihat pada gambar2 dari masjid terkenal di bawah ini yang terdapat di berbagai penjuru dunia :





Masjid Suci Al-Haram, Arab Saudi

Masjid Nabawi, Arab Saudi

Masjid di Brunei

Masjid Putrajaya, Malaysia – dibangun di atas air

Masjid Umayyad, Damascus

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid Faisal, Pakistan

Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei

Masjid Besar Jumeirah, Dubai

Masjid Putra di Putrajaya, Malaysia

Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan, Abu Dhabi UEA

Masjid Sultan Ahmet Camii (The Blue Mosque), Istanbul Turki

The Blue Mosque dilihat dari Hagia Sophia

Masjid Crystal, Malaysia

Masjid Schwetzinger, Jerman

Masjid Suci Golden, Singapura

Masjid Sehzade, Istanbul Turki

Makkah, Arab Saudi

Salah satu Masjid di Jeddah Arab Saudi

Masjid Lao Huasi Sufi di Linxia Cina

The Mezquita, Spanyol

Masjid Sheikh Zayed

Masjid Shahjahan, Pakistan

Masjid dan Menara Kembar, Malaysia

(tidak diketahui dimana letaknya)

Masjid Omayad, Syria

Masjid Besar, Bahrain

Masjid Muhammad Ali, Kairo Mesir

Masjid Badshahi

Masjid Tooting, London

Masjid Zahir, Malaysia

Masjid Ubudiah

Masjid Sultan, Singapura

(tidak diketahui dimana letaknya)

Masjid terbesar di India

Masjid Al-Hassan II, Casablanca Moroko

Masjid terbesar di Amerika Utara

Masjid Alnour, Sharjah

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei



Jadi bagi anda umat muslim yang akan melancong ke luar negera, jangan lupa untuk berkunjung juga ke masjid-masjid diatas.


ok sampai jumpa lagi.........

DA.......DAAAAA..........



Tuesday 22 January 2013

SINOPSIS DEBUNGA LALANG

Assalamualaikum........

salam sejahtera untuk semua kawan2.......

hari nie.......kita kongsi cerita pula......ada sesiapa menonton cerita nie.......yan suka sangat dengan cerita nie.....sedih je ceritanya.....membuat yan mengalirkan air mata bila menontonnya.....dengan lagu2 yang akan membuat kita bertambah sedih........yan sebenarnya bukan minat sangat filem2 melayu nie......tapi drama nie....betul2 dapat menambat hati yan......jom sama2 menonton drama menarik nie....... 

 

 

 

 

Sinopsis drama Debunga Lalang, Slot Azalea TV3

Hai, drama Debunga Lalang akan bersiaran pada hari Rabu ini 2 Januari 2013 dalam slot Azalea TV3. Maaf, drama ini telah ditunda daripada tarikh asalnya 31 Disember 2012.  Berikut adalah sinopsisnya..


Pelakon drama ini ialah Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat.

Sinopsis Debunga Lalang:



Saodah (Ku Fridah) merupakan seorang janda kaya yang tinggal di sebuah kampung. Dia mempunyai dua orang anak perempuan, hasil dari dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah (Noorkhiriah) dan Khatijah (Wan Sharmila). Aishah, seorang wanita berkeperibadian lembut dan ikhlas sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Halim (Zul Ariffin), seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Alia dan Arina. Mereka bahagia walaupun hidup serba sederhana. Tambahan pula Mak Munah, ibu Halim yang penyayang sentiasa berada di sisi mereka untuk memberikan sokongan.


Khatijah pula, seorang yang dominan dan amat keras hati. Setiap kehendaknya perlu dipenuhi. Khatijah menikahi Bakri (Ungku Ismail), seorang dekan di sebuah kolej tempatan, atas pilihan Saodah. Sayangnya, dia tidak dikurniakan cahaya mata walaupun telah lebih lima tahun melayari bahtera rumahtangga. Kasih Saodah sebagai seorang ibu diuji dalam bentuk yang berbeza.


Saodah tidak adil dalam membahagikan kasihnya kepada kedua-dua puterinya itu. Saodah melebihkan Khatijah dalam segala-galanya, termasuklan soal pelajaran. Aishah hanya diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah sahaja, sedangkan Khatijah diberi peluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Ini menyebabkan kehidupan Khatijah jauh lebih baik dan berharta dari Aishah.  Ketidakadilan Saodah ini sering membuatkan Aishah kecewa dan jauh hati. Tidak cukup dengan itu, Aishah dan keluarganya sering diperlekehkan oleh Saodah.


Suatu hari, Aishah disahkan hamil anak ketiga. Khatijah berasa sungguh cemburu dan meminta Saodah membuat perjanjian dengan Aishah. Seandainya anak di dalam kandungan Aishah ialah perempuan, maka dia harus diserahkan kepada Khatijah.


Impian Khatijah menjadi kenyataan apabila Aishah melahirkan anak perempuan. Khatijah dan Saodah memaksa Aisyah untuk memenuhi ‘janji’nya dengan menyerahkan bayi perempuan yang diberi nama Ayang Mastura itu kepada Katijah. Pelbagai helah telah dilakukan oleh Saodah, termasuklah mengupah seorang bomoh. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan bayi tersebut yang sering sakit sejak dilahirkan.


Demi menjaga perasaan Saodah, akhirnya Aishah dan suami terpaksa juga menyerahkan bayi mereka walaupun hati tidak merelakan. Tidak puas menyakiti Aishah, Khatijah nekad mahu memutuskan terus hubungan Ayang dengan keluarga kandungnya. Kesempatan baik diperolehinya apabila suaminya, Bakri, mendapat tawaran mengajar di luar negara. Ketika perkara itu diketahui Aishah, Khatijah bersama suami dan Ayang sudahpun berlepas ke luar negara.


Mulai hari itu, Aisyah hidup dalam kesedihan akibat kehilangan anak bongsunya itu. Suaminya, Halim, telah mengambil keputusan untuk membawa keluarganya berpindah dari kampung tersebut demi masa depan yang lebih baik. Dia mahu membuktikan pada Saodah bahawa anak kampung sepertinya juga mampu berjaya dan yang paling penting sekali, dia mahu menjauhkan Aishah dari ibunya yang terus-terusan menghina dan menekan hidup Aishah.


Setelah 10 tahun, Khatijah, Bakri dan Ayang Mastura kembali ke tanah air. Berita itu sampai ke pengetahuan Aishah. Dia dan Halim pergi ke rumah Saodah untuk menjenguk Ayang Mastura yang sudah berusia 10 tahun itu. Namun, Saodah mengusir mereka dari situ. Pelbagai kata-kata menyakitkan dilemparkan oleh Saodah. Aisyah berasa teramat sedih dan hina sekali dengan keadaan itu. Halim merasakan yang kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Dia telah membuat keputusan untuk menuntut hak penjagaan Ayang Mastura. Berjayakah Aishah dan Halim mendapatkan anak mereka? Apakah yang bakal dilakukan oleh Saodah dan Khatijah untuk menggagalkan usaha Aishah dan Halim?
(Sumber: Galaksi Media)

Bagaimana?sedih dan Menarik bukan? Sama-sama kita saksikan drama Debunga Lalang di TV3 sampai jumpa lagi.........
DAAAAAA................ 



Monday 21 January 2013

Assalamualaikum..........

salam sejahtera untuk semua........

N3 kali nie.....yan nak kongsi serba sedikit maksud firman Allah Ta' ala......yang menyatakan tentang wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik......maka kita cermin kan diri kita adakah kita tergolong dalam golongan ini......ada kah jodoh yang di tetapkan untuk kita adalah terbaik untuk kita......andainya suami kita terbaik untuk kita.....dan kita pun terbaik di mata suami kita.....maka inlah yang di maksud kan dengan firman Allah Ta' ala.......yang baik hanya untuk yang baik......dan untuk memahami lebih mendalam maksud tersebut sila baca.....dan faham apa yang di jelaskan dibawah ini.........



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.
(An-Nur:26)

Dan di dalam surah Al-Ahzab ayat 35:
Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Yang dimaksud dengan muslim di sini ialah orang-orang yang mengikuti perintah dan larangan pada lahirnya, sedang yang dimaksud dengan orang-orang mukmin di sini ialah orang yang membenarkan apa yang harus dibenarkan juga dengan hatinya.

Maka untuk diri kita, banyakkan usaha untuk menJADI lebih baik. Lebih baik pada sifat muslim, sifat mukmin, tetap dalam ketaatan kepada Allah. Lebih baik pada sifat benar, sabar, khusyuk, bersedekah, berpuasa, memelihara kehormatan, dan menyebut nama Allah (zikrullah).

Sesungguhnya ganjaran Allah menanti, buat mereka yang berusaha. Dan pasangan hidup yang terbaik untuk kita, Allah pasti akan aturkan dan permudahkan. InsyaAllah.


moga semua ini menjadi panduan dan amalan untuk kita semua......sampai jumpa lagi........

Assalamualaikum...........dan salam sayang untuk semua......
DAAAA..........

Sunday 20 January 2013

Assalamualaikum........

salam sayang untuk kawan2 semua moga kalian bahagia selalu......ok...kawan2 n3 hari nie.....yan hanya ingin berkongsi mutiara kata yang indah moga dapat menjadi panduan untuk kita bersama......


HADIAH TERBAIK.......

KEPADA KAWAN............KESETIAAN

KEPADA MUSUH............KEMAAFAN

KEPADA KETUA.............KHIDMAT

KEPADA MANUSIA........KEBEBASAN



KEPADA YANG MUDA.........CONTOH TERBAIK

KEPADA YANG TUA.......HARGAI BUDI MEREKA KESETIAAN

KEPADA PASANGAN.........CINTA DAN KESETIAAN


semua ini ialah hadiah terbaik untuk renungan bersama moga semua memahami kata2 tersirat ini dan boleh menjadi panduan dan bekalan apabila diri memerlukan satu kekuatan jiwa untuk berpaut...ok....sampai jumpa lagi.......

DAAAAA..........


Wednesday 16 January 2013

TAMAN HAIWAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM






Assalamualaikum.........
Salam sayang semua..........


nie...haaa....n3 kali nie....nak sambung cerita kat bukit cahaya seri alam lagi.....nie semua gambar2 kat taman haiwan di sana.....banyak juga haiwan2 kat sana boleh.... lah....di katakan mini zoo gitu he... heee....sempena kat sini .....bukan main lagi....bebudak berdua tu.....suka sangat dapat jumpa haiwan2 nie maklum hidup jauh dari hutan mana nak ada haiwan2 nie.....semua.......kat tempat perumahan awam.......betul tak......?











nie leee......mercu tanda taman haiwan kat sini....si ikwan tu....ambil gambar siap duduk atas kura2 tu.....kat atas tu....ada lah seekor je.....burung merak jantan yang cantik.......


 




yang nie.....pula kat kandang kuda.....entah apa namanya tak ingat lah....pulak semua kuda di sini ada namanya......

 





banyak juga kura2 kat sini....kura2 kecil taklah sebesar kura2 gergasi kat zoo negara tu.....


 




disini juga.....ada ladang rusa......banyak jugalah rusa2 kat sini yang comel2 dan jinak2 je......


 





yang besar gagah perkasa nie.....iguana....jinak je...nie....tak takut pun dengan orang dah biasa kot...hari2 dok tengok orang ye.....


 




nie......di antara kuda2 yang ada kat sini.....

 




yang nie.....pun sama.....tak ingat namanya......


 





yang paling comel.....di antara semua......he heee....



 




yang nie.....tak comel.....geli geleman den negoknye.....si landak yang montel2 nie....nie...rupanya kata orang dagingnya sedap......tapi kalau di lihat rupanya idok leh teman memakannya......geli semacam je.....he heee......

banyak lagi haiwan2 lain tak sempat nak ambil gambar.......pakat2 datang sini boleh tengok puas2...

OK......SAMPAI JUMPA LAGI................
                 DAAAAA............SAYANG SEMUA.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...